Wednesday, August 24, 2011

ini bukan kontes sebarang sebarang

elaun tak cukup? duit ptptn ciput? gagal sertai akademi fantasia? tiada harapan sebagai imam muda dan ustazah pilihan?

cubakan yang ini.



ini bukan kontes atau segmen Santek Bersama Abam Ban Sehari. yang gua pasti ini bukan sebarang sebarang orang suka. ini juga bukan kontes ratu lentik atau bina ketul. setalah gua hayati lagi, ada juga gua dapati bahawasanya yang ini bukan kontes imam muda mahupun ustazah pilihan rupanya. *lega 

p/s : nak join ka taknak join lu punya pasal. kalau lu menang, nak belanja gua pizza pun gua no hal.

Tuesday, August 23, 2011

siapa punya cerita? siapa yang ajar.


kita, manusia normal ada jari sejumlah 20. yang tidak normal, mungkin kurang, mungkin lebih. maka, itu satu rahmat untuk kita semua. satu kelebihan. sepanjang aku menyiapkan GUNDAM aku yang terbaru, kedua dua jari telnjuk aku luka. ini yang paling parah selama aku berkarya dengan GUNDAM. lu orang tak payah kesian, aku tabah. ha. ha. ha. lu orang gelak skema.

ini persoalan yang aku mahu sampaikan. ataupun konsep? ataupun apa saja yang lu orang fikir sesuai dengan lu orang.

jari.

kita ada ibu jari, jari telunjuk, jari hantu, jari kelingking, dan jari manis.
jejari ayam, jejari sotong, jejari udang, itu tidak termasuk dalam menu tulisan kali ini.

maka, setiap fungsi jari itu adalah khas.
maka, ibu jari nak mengejek orang lain, tanda 'good', pada muka, kesian, tak bagus atau sebagainya.
maka, jari telunjuk adalah berguna untuk korek hidung, telinga, pada mereka yang tak berpuasa, nak buat korek gigi, geletek pasangan (yang SUDAH KAHWIN), atau sebagainya.
maka, jari hantu pula selalunya popular dengan isyarat lucah international. semua orang tahu (kebiasaannya).
maka, jari kelingking pula untuk orang yang sedang dilamar, lepas akad nikah, atau sebagainya.
maka, jari manis pula, yang comel, yang kiut ni, mahu menunjukkan isayarat "cikgu, saya nak ke tandas" dan isyarat lucah yang lebih lembut, atau sebagainya.

juteru itu, bila jari jari ini bergabung, ia tidak menjadi jejari. tetapi boleh digunakan untuk menyisir rambut (konon macholah), melempang budak, jentik adik, cubit pipi, atau sebagainya.

tapi, bila belajar adap, mesti orang cakap, nak tunjuk sesuatu tempat, benda, orang atau sebagainya, gunalah ibu jari. itu lebih sopan. jangan guna jari telunjuk. nampak sedikit biadap. lu orang pernah dengar atau dapat nasihat ini?

tapi, tidakkah melangakui tugas tugas jari yang telah diberikan sempena nama mereka? dah memang namanya jari telunjuk, maka tugasnya menunjukkanlah.  bukan guna ibu jari.
betul tak? tak betul? betul? tak?

siapa sokong angkat kaki, kita lari. ha. ha. ha. lu orang gelak skema.

~AHAKS~

Monday, August 22, 2011

kah kah kah kah pel?

peh. makin gua nak rilek makin semak gua tengok regu regu berbincang. makin lama makin tenuk teruk bak hang. namun bukan lah diskusi yang tenuk teruk. cuma gua yang membaca jadi letih. kalau lah dengan membaca boleh jadi kenyang. pasti dah berbatal batal posa gua waktu ni. bahkan termuntah pun boleh jadi. eceh.

lagipun gua kalau batal posa dulu, biasa ramai ramai. kalau di tong-tong dosa boleh jadi sorang amek sikit. jadinya dengan rasa simpati seorang teman, gua rasa gua nak share kan dengan lu orang. ihiks hiks~



memandangkan gua berstatus kacak luar kacak dalam kacak dengar sini, jadinya, gua bagi disko'si gua disini.yang gua sukanya dekat disko'si di atas bukanlah sebab topik yang kunun hot lettew (gua tetap kreditkan pada Gigi Taring. nice one bro!). tapi atas hujah yang ada. masing-masing ketengah pendapat dengan hujah memasing. gua suka. dari situlah ide akan bercambah. tapi, bila lu dah drag sekali emosi lu makanya akan tak seronok lah disko yang lu dah ciptakan dari awal tadi.

gua paling suka pendapat Pendeta Juan walaupun secara kasar rupa paras jawa beliau memang tak boleh disorok dengan imej korea buatan. gua takdehal. ide adalah ide dan bukan paras rupa. gua maafkan Pendeta Juan yang jawa tapi masih cuba cuba menjadi Korea atau lebih digemari dengan nama K-pop atau kerpok. yang lain tu gua malas nak komen sangat. tak payah salah kan lelain la dey aney aci. jenis kalau dah diri kau memang kaki maksiat memang tak payah kapel pun kau memang kaki maksiat. kalau tak mana pulak tiba-tiba muncul terminologi "MASTURBASI". 

jadi, lu ada pendapat? 


p/s : nama disini gua tak ubah/padam/tutup/hide sebab gua malas. sapa suruh diskusi panjang panjang? kan dah tak sempat gua nak ubah/padam/tutup/hide nama yang ada.  padan muka. keh keh keh

Wednesday, August 17, 2011

ye ke bulan puasa takde hantu?


"hantu..ada hantu..mana hantu..mana mana..
hantu..ada hantu..mana hantu..mana mana.."

lagu itu berkumandang berkali kali sebelum mail mahu keluar rumah melepak. mail anak jantan, nama bapakanya. tapi dia bukanlah 'jantan macholah' rebutan gandis pingitan atau janda pujaan. penakut nombor satu, lagi lagi mistik, "jangan biarkan hidup anda diselebungi misteri", motto hidupnya.
tapi bulan puasa ini, dia berani sebab syaitan kena rantai, dan dia percaya hantu hantu yang ada pun tak terlepas.

hantu. betul ada hantu bulan puasa? ada. yang tengah makan megi siang siang ni, sambil baca coretan ini, dialah hantu. ha. ha. ha. lu orang gelak skema. lu orang puasa ka? tak? tak betul ka?

cuma sekarang ni, kalau lu orang tengok tv, lu orang tengok movie, ada juga story pasal hantu makan orang. betul tak? cuba lu orang state sikit apa story hantu makan orang? bilang lagi. apa cerita lu orang tau. lagi? macam macam ada.

ini cerita aku . betulkan? cerita aku dengar. ada hantu isap darah orang. ada hantu makan daging orang. ada hantu makan megi. yang hantu makan megi tu aku pernah jumpa (rujuk atas). lu orang?

cuma yang aku konfius menjadi tanda tanya, betul ka hantu makan atau minum darah?

tapi apahal tak de orang pun jumpa tahi hantu atau air kencing hantu. yang kena kencing ada la. lu orang. betul tak? tak betul? betul? tak?

"tanya sama pokok apa pasal goyang, nanti jawab pokok ada orang bawah sana."

~AHAKS~

Sunday, August 14, 2011

hoi!

HOI!
Orang tua dengan sebatang rokok,
bermundar-mandir,
di tengah-tengah kota..

antara surau,
disko,
tempat kerja,
office-office,
balai-balai,
bank,
taman-taman,
pinggir bandar,
rumah sewa,
rumah urut,

dan segala macam umat,
terkumat-kamit,
semasing membaca mentera,
sial..

uih......,
gaya pakaian,
dan kereta,
gadis-gadis genit..
dan kulit mulus..


bila masa,?

Thursday, August 11, 2011

lu orang ada?



aku dapat 
.GANGGUAN.

pos laju ini bakal menjadikan aku mendapat gangguan. aku bakal tidak boleh tidur malam dengan lena lagi. hidup aku bakal menjadi lebih porak peranda barang kalai. barang kali akan manjadikan lu orang tanda tanya.

lu orang sudah ada? mau pinjam? kasi beli sendiri la. siap hantar pos lagi. ikut saja. apa cerita ni? oho. ni baru dapat, yang aku tahu semua cerita dalam ni adalah cerita mengenai aku semasa dalam kehidupan ini. asal lu orang tak percaya? memang cerita pasal aku semasa dalam kehidupan ini.

tak percaya lu orang semua baca, sebab semua nama watak utama dalam cerita ini telah aku tukar menjadi nama aku yang menjadi sebutan sebutan dalam kehidupan ini. maka secara tidak langsung aku punya cerita la. ha. ha. ha. lu orang gelak skema.

ini buku aku beli dari sindiket sol-jah (kasi klik satu). lu orang sudah beli? kasi beli la. sama sama support industri penulisan tempatan yang best berjuta kali dari lu orang baca berita harian ka, mingguan malaysia ka, berita minggu ka, utusan ka, apa apa lah. itu suma kasi ting tong sama lu orang. 

aku belum mahu review, tapi yang pasti lu orang sudah mengalami satu kerugian dari aku. 





"kejadian-kejadian aneh yang tidak boleh dijelaskan oleh sains dan matematik dalam bahasa Inggeris"







~AHAKS~

Wednesday, August 10, 2011

Debat dan Moreh

gua tak berada dalam institusi yang bermazhab berdebat menggunakan emosi. pada hemat gua. debat perlukan ide ide dan membiarkan kesemua ide berenang dan ditempatkan dalam sesuatu bekas. gua akan tenang begitu. semakin besar bekas yang ditempatkan semakin gua tenang. seperti melihat akuarium yang besar. ataupun mendiami lautan penuh ikan.


gua kirimkan untuk dibuka sedikit minda minda gua. kalau lu ada ide. apa salah diketengah disini. gua mengalu alukan. anggap la disini lebih kurang surau lepas terawih. lu boleh kirim apa juga bentuk kuih untuk dimorehkan.

Tuesday, August 9, 2011

fuck : tidak semestinya lucah!

"F**k you!!!" yang ni dah memang terang terang  la kalau lu orang nak maki member lu  orang yang cibai. lu orang mesti up sikit ye dak? mana mau cakap "babi". tu sume time lu orang belum sunat, mas kat sekolah rendah lagi. pastu kalau lu orang cakap, mesti member lu orang report sama lu orang punya cikgu, "cikgu, anip (bukan nama sebenar) cakap B.A.B.I", siap eja lagi. ye dak?

tapi ni dah besar, dah sunat, dah pandai baca blog, dah pandai berfesbuking, so ekspresi mencarut pun mesti la international. ye dak? terpengaruh la katakan.

tapi, F**K itu tidak semestinya lucah, bergantung pada situasi. satu contoh untuk lu orang yang belum ijab kabul, yang tengah mabuk bercinta, meluahkan perasaan pada kekasih lu orang, lu orang cakap, "i luv u fucking damn so much". ni kira nak hargai kasih sayang yang teramat amat sangatla.

maka di sini, F**k itu tidak lucah. ayat tersebut bermaksud "aku sayang ko sangat sangat teramat sangat", kira bahasa mudahnya "aku sayang ko gila babi buta" la senang cerita.

faham? dan tuk lu orang yang sudah ijab kabul, contohnya lak "i want fuck u". ni bukan mencarut. tapi ajak berkasih sayang. yang sudah berIJAB KABUL, NIKAH, YANG HALAL.

faham? baguslah!

luv u'll fucking so much...
yang ni ayat tuk lu orang. makna berganda. lu orang pandai pandai la.
~AHAKS~

Suci bukan Sushi

masa gua kecik kecik main api dulu. gua selalu ada dengar. tempat tempat ibadat tu suci. semua apa juga benda yang ada kait mengait dengan ibadat adalah suci. kalau dalam perang dulu. nabi tak bagi tentera tentera baginda pergi serang tempat ibadat. kerana semua tempat ibadat adalah suci. kan gua dah cakap tadi. semua tempat ibadat suci. jadinya, gua dididik sebegitu. mula timbul kefahaman tentang pelajaran yang diajar. dalam masa sama juga gua timbul musykil. lalu gua pun jadi teringinlah bertanya. dengan teringin bertanya gua tu, gua pun setting nada sedikit lembut. gua betulkan samping. kasi kemas songkok dan paling penting pastikan takde taik mata. dah redi stedi je gua terus terus bertanya pada ustat gua.

" ustat ustat", sambil melambai tangan

" ye saya" ustat tersenyum tengok muka gua yang suci dan berseri penuh nur. dapat gua rasakan. ya. betul. gua rasa.

"kalau gitulah kan. kalau ustat kata sume suci. saya boleh solat kat memana la kan ustat kan? kat gereja ke kat kuil ke...gitu?"

"hufffhh........" ustat dengus panjang. pandangan mata makin paiseh terhadap gua. barangkali nampak wajah iblis dari bebola mata ustat.

seingat gua. tak pula ustat gua jawab. diperli perli pula gua yang comel dan hensem ini ada jugak. apakan daya gua nak mengutuk beliau balik. gua masih stedi walaupun tengah tacing. gua bukan tacing apa pun. gua tak tacing pasai dia nak kutuk gua nak jadi kristian ke apa. gua takda hal tu semua. lu ada lidah boleh cakap. nanti akhirat lu one-by-one dengan tuhan la. getus gua dalam hati yang masih ada taman walau telah dihancurkan pada ketika tersebut dek perangai iblis ustat. 

pada hemat gua la kan. kalau tak tahu cakap saja tak tahu. jenis gua bukan nak pandang hina kat lu. ini bab agama bukan bab choki choki. tapi gua sebagai pemegang watak budak budak cuma mendang rendah je la pada ustat gua. biasala budak budak. nak menang. menang dapat glemer. glemer dapat awek. dapat awek dapat cekelat. ahaks. pundek betul. punyalah susah nak dapat cekelat. kalau beli je kan dah senang.

menurut hasil pencarian gua. dibolehkan solat di tempat tempat ibadat lain seperti gereja, kuil, biara dan sebagainya. dengan syarat tak mengandungi berhala, kubur, gambar makhluk hidup tanpa mengira gambar tersebut sempurna atau separa sempurna. 



ulang tayang

.

selasa, 9 Augustus

7.30 pagi.. sial. lambat gua bangun ari ni.
jangan kantoi ngn cikgu besar sudah. getus hati gua.

..

selasa, 9 Augustus

11.30 malam..
siap pon keje gua. boleh gua tido awal. sok leh bangun sahur.

...

rabu, 10 Augustus

5.30 pagi..
nasib baik terjaga. leh makan sahur.
nanti terus mandi, mesti x lambat cam semalam

6.50 pagi..
"wak dh siap siot. kalau bangun lambat cam semalam terus je gerak. takyah nak mandi2 lagi. haha", samar-samar terdengar suara housemate gua.

....

7.50 pagi.. sial. lagi lambat gua bangun ari ni.
jangan kantoi ngn cikgu besar sudah. getus hati gua.

.....

p.s: tido lepas sahur memang best, tapi nak bangun balik sangat x best.




Saturday, August 6, 2011

saloon paka..(buat yang mengerti)...ha ha

kedai gunting rambut tu bukanlah feveret gua. Tapi, kedai gunting rambut feveret gua tutup. Gua tak lah kisah sangat seperti selalu melainkan lecuturer gua dah sound. Katanya rambut panjang tak sesuai jadi cikgu. Gua rasa gua tak perlu menyelidik "hal" rambut panjang dan profesion skarang memandangkan rambut panjang tak akan membawa anda ke mana-mana menurut teori peradaban sekarang. Cis! Dan gua tak perlulah mengubas isu rambut panjang dan anda memandangkan walaupun gua memiliki lebih hujah, namun seringkali hujah gua tidak dikeluarkan atas dasar tidak relevan untuk sekarang. Belum lagi gua keluarkan isu mengapa mesti saya "berkolarkan" baju saya, atau mengapa perlu saya memakai seluar "licin" dan digosok sehingga tajam bucunya. Dan sampai akhirnya gua masuk ke kedai gunting rambut milik seorang Ah So yang gua gelar aunty seperti kebanyakan kita.

Ah So : mau gunting rambut?
Gua : ya ya..
Ah So : Sila duduk.

Kecup kecap kecup kecap.....(oh ya, gua suruh aunty tu gunting layer, mahu nipiskan saja).

Ah So : Lu masih belajar?
Gua : ya ya...Aunty sudah lama bukak ini saloon?
Ah So : Tak berapa lama laa...baru 6 tahun.
Gua : Sudah lama la tu aunty. Aunty orang sini ka? (lokasi kedai gunting rambut gua di Temerloh)
Ah So : Bukanla...Saya olang Jelantut. Datang sini ikut abang..
Gua : Waaa...aunty masih duduk dengan abang aunty ka?
Ah So : haiya, bukan maaa....itu "abang" laa...saya punya husband.
Gua : Oh...Husband aunty kerja sini ya?
Ah So : Dulu la...dia kerja sama itu balak punya company. Kerja talak duduk satu tempat. Masuk hutan sana, hutan sini. jaga itu balak.
Gua : oh, sekarang aunty punya husband tak ada sini ka?
Ah So : tak ada...sudah 3 bulan talak jumpa.
Gua : haiya, itu macam ka aunty?
Ah So : ya laa...itu macam kerja mana ada duduk rumah punya. Dulu saya selalu ikut..duduk dalam hutan, dalam itu kabin. banyak takut, sorang-sorang. Pagi pergi, petang baru balik.
Gua : Oh, tapi aunty duduk sorang-sorang sini tak da sunyi ka? anak aunty ramai?
Ah So : Aiya...saya mana ada anak..hahaha (tergelak kecil)
Gua : aiya, soli aa aunty...saya tak tau...abis tu, aunty tak bosan ka duduk sini sorang2? suami pun jauh ma.?
Ah So : sudah biasa maa..Lagipun saya lagi suka sini sorang2 dari duduk dalam itu hutan lama2..Dulu dia biasa saja, duduk ofis..Tak selalu duduk sana..tapi wang tak banyak la..tapi sudah naik pangkat, selalu banyak kerja. Tengok itu, tengok ini...sini mahu check, sana mahu check. Saya pun tak mau duduk dalam itu hutan lama2..hahaha...
Gua : (diam)....
Ah So : tapi betul laa...sudah lama tak jumpa sama saya punya cik abang.Lepas naik pangkat haa...wang pun makin banyak..Tiap-tiap bulan kasi masuk rm5000 dalam bank. Saya tau dia ada masuk itu Thailand kadang-kadang. Haiya, risau juga maa...takut dia ada perempuan lain. Tapi saya tak kisah. Asalkan saya suami isteri tarak gaduh2. U pun tau la kan. Kalau pergi Thailand, "macam2" u boleh dapat punya.
Gua : (tersengih)...
Ah So : Tapi talak apa laa...kalau dia sudah ada perempuan lain, apa boleh bikin. Lagipun saya tak kisah. U tau tak, kami suami isteri tak pernah gaduh. Kalau dia balik satu kali setahun pun, saya bikin macam biasa aja. macam biasa jumpa. Dia pun biasa saja. Saya pun tak mau la cakap apa-apa.
Gua : tak apa lah aunty, asalkan aunty happy.
Ah So : ya la....hahaha...

banyak lagi sebenarnya yang gua dan ah so tu borakkan, tapi sebab gua tulis ni pukul 6 pagi, dan gua malas. anggap ini satu petikan conversation yang gua pendekkan. Tapi sebelum gua keluar dari saloon tu, aunty tu tersenyum dan ada cakap kat gua. " Lu aa, bila lu sudah makin tua, makin banyak perkara yang lu perlu pilih..makin susah maa...hahahaha"..

P/S : isi kandungan cerita ini benar, melainkan dialog gua singkatkan dan mungkin ada beberapa perkara lagi gua tak tulis. pasal apa, pasa gua sudah mengantuk. ahaks.

Tuesday, August 2, 2011

puas?

uhm

ehm

mmm~

*kcak kcak (bunyik air liur dalam mulut)
uhh
ahh

apahal sampai telan telan air liur? gua stedi je.



usha gambo makanan boleh batal posa ka? ataupun mengurangkan pahala posa? masyarakat sekarang banyak jugak yang berkira kira dengan pahala ni. hari ni dapat seratus. esok lusa dapat dua ratus.