Tuesday, September 27, 2011

perisa masa kini...satu anekdot tak berstruktur...puih!

waktu hampir terselamat dari kezaliman,
masa dan angin panas,
datang bergoncang,
dari sebelah timur dan barat..

mengkafir dan melaknat...
masing-masing punya sifat,

bergoncang heroin dan kokain,
untuk orang miskin..
penuh menguasai data,
katanya ini sampah masyarakat-ahh...lanyak berita..

maka, diberi minuman keras,
untuk pelayan-pelayan pub dan bar..
maka tak disalahkan,
kerana itu tamadun..

lurah tersembul,
tersimpang siur..
terkangkang betina dek nikmat nota-nota kepuk lelaki gendut..
utuh..tersergam,kemudian layu.. belakang hotel-hotel mewah..

maka punya hakikat sang asyik,
maksiat si kaya tak akan jadi apa-apa,
kisah si miskin mencuri untuk makan dijaja-jaja..
nenek menjual dadah diburuk sangka..

bila ditanya-tanya, pada budak sekolah..
diajar pula bercita-cita kepada tanah dan harta..
jembalang si gendut terkentut, terberak menonton cerita..
petani tersadung duri di tanah sendiri..

mungkin tuhan disangkanya pendiam..
kala itu malaikat tenang mencatit..
.....(sunyi) kitab ku,
dan kitab mu tuan (sunyi)..

berlekuk-lekuk bumi tuhan,
menari-nari pemodal dengan curut mahal,
dijemput ke tv...sebarkan propaganda-(yang kononnya motivasi)...
"INILAH KEJAYAAN'-kertas ditabur, dilayang pada kamera..

kebebasan dilabur-labur,
dalam perdagangan bebas,
yang "ikhlas" membantu,
dalam iklan yang disebar depan rumah aku..

entah kenapa,
kita percaya pada situasi ini,
bukan pada mereka?
oh, mereka hanya watak picisan..

negara-negara dan bendera-bendera mula dicipta,
dalam perlumbaan tamadun bangsa,
seperti mana bangganya,
umat-umat itu..-ah, mana kitabku?

bila bersedihnya penyair gundah,
di tepi jalanan..
maka ketawalah si pemakai baju kemeja kemas,
dengan ketul-ketul perak dan emas..

Thursday, September 22, 2011

merempel dibalik semangat yang kasar

syaitan syaitan bisu dan iblis tulen meraung

biarkan aku jadi penghukum

karena kau

bukan malaikat taat

kah kah kah



kah kah kah

puas

kah kah kah

*izrael dipecat

kah kah kah

p/s : siapa malaikat? siapa iblis? siapa syaitan? siapa kau? siapa aku? siapa?

Monday, September 19, 2011

apahals?

Assalamualaikum tuan dan puan....selamat datang ke majlis konvokesen yang ke ompek puloh ompek...gua selaku juruacara, ala-ala dj la senang cakap rasa syok sebab diberi kepercayaan mengemudikan majlis ini. Walaupun gua tak la handsome sangat, kahaks (tergelak kecil), namun gua yakin, dan mengharapkan majlis kita akan berlangsung dengan lancar seperti lancarnya gerakan peristalsis yang membantu sistem penelanan makan kita.

Gua tak nak cakap banyak, so, boleh la bro-bro ngan sis-sis semua bolehla beratur panjang setat dari pokok ulam raja kat belakang tiang belakang dewan sana pastu ikut la giliran masing. Kala dapat dean list tu beratur la kat depan, hak belakang tu reti-reti la kan. WOI!, hak belakang tu diam sikit buleh? Ok, terima kasih. Hahahaha....betul la mak gua pesan, budak-budak zaman sekarang nak kena tengking baru senyap. Eh, ada lagi, err, yang kat belakang tu, tolong la senyap sikit, majlis tengah jalan ni haa...Haa, ok, diam pun..

Alright, apa? boleh start dah? OK, memeber gua dah bagi que ala-ala efek isyarat la lebih kurang. Beliau kata, dah boleh start. So, apa kata? moh la setat...OK, mula pada awak, naik, ambil sijil, pastu yang belakang ikut okes?..........................

--------------------------------------------------------------------------------------

p/s : apahal intonasi juruacara semua sama? keh keh keh...tak payah la nak rok sangat..gua-gua tapi foyos-foyos formal la sangat pakai tai kancing atas menyampoh gek..

Sunday, September 18, 2011


lelaki 1 : lu la jadi imam.
lelaki 2 : asal lak gua. lu la.
lelaki 3 : betul tu. aku rasa lelaki 1 yang patut jadi imam.
lelaki 1 : asal lak?
lelaki 3 : sebab lu muka ada sikit Arab.
lelaki 1 : ah! abu jahal tu lagi Arab!
lelaki 2 : hahaha.

di petik dan di olah dari Para Pencari Tuhan.
aku suka cerita ini di tv alhijrah. cuma yang aku benci ialah 
waktu tayangannya.
.....
rasanya betul sekarang ni dah ada jadi macam ni. ini yang aku lihat. lu orang aku tak tahu la kalau saja pejam pejam mata. aku bukan budak baik sangat, tapi ada sedikit kebaikan. biar sekecil zarah, itu point aku nakkan syurga. cuma lamabt atau cepat. 

betul atau tidak. ni bukan aku nak kutuk sapa-sapa, lu orang yang geng slalu datang bagi teguran kat orang lain, dari rumah ke rumah, dari tempat ke tempat memang baik. tapi ada yang segelintir kurang enak menyebabkan dipandang serong. 

lepas datang satu tempat, kadang ada yang tidak dikemaskan dengan baik. dengan elok seperti asal. ada satu hal lagi, bila geng tu buat perbincangan satu sudut kecil, tapi pasang semua lampu semua kipas. aku nak tegur pun tak berani. nanti geng kuar Hadis Al-Quran, takkan aku nak balas dengan teori manusia dari beruk!
yang aku terasa dulu, bila nak bercerita kasi semua orang dengar, tapi bila makan, lu makan dengan geng lu orang saja. aku sedih siot.

tapi takkan benda sekecil ni nak merosakkan sejuta kebaikkan yang geng lakukan?

ini yang aku lihat. yang aku nampak. geng boleh pertahankan. tak salah aku bagi pendapat. sebab alim ulama' seronok bila orang bercanggah pendapat, sebab akan banyak buah fikiran yang timbul, tapi ingat. peyelesaiannya mesti yang terbaik!

aku salah ke lu orang salah? ke sama sama salah? sapa salah?
~AHAKS~

kencing

gua tak tau pulak kalau ada mazhab berak berdiri. tapi masalah gua berkaitan dengan penganut mazhab kencing berdiri.



kalau dah tahu tak boleh hunus senjata dengan tepat, sila simbah air pada kawasan yang tersasar bagi memastikan kekurangan anda dapat ditutup. kuning tahu? sekian.

Wednesday, September 14, 2011

kenapa bila malaysia ni sambut hari merdeka atau hari malaysia nak perlu ada count down? ni budaya siapa ni?

kenapa bila malaysia ni sambut hari merdeka atau hari malaysia perlu bazirkan duit dengan perbarisan? ni siapa punya buah fikiran?

lu orang semua dah daftar undi?

AHAKS~

Tuesday, September 13, 2011

Sajak Syukur dan Bajet 2011

syukur tuan syukur
tuan makan sayur
hari ini mungkin mampu
esok lusa telan air liur
cukai ikut negara maju
pendapatan ikut negara membangun
kita emang begitu
terus syukur tuan syukur
biarpun dicukur cukur
lama lama
orang utan pun tak berbulu
tak nyempat tumbuh
kau dah cukur


YB. Menteri Kewangan melalui pembentangan Bajet 2011 di Dewan Rakyat pada 15 Oktober 2010 telah mengumumkan mengenai cadangan:

(i) menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6% ke atas
semua perkhidmatan bercukai kecuali kad kredit dan kad caj.

(ii) mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan Penyiaran
Televisyen Berbayar.

Kedua-duanya akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.

2. Peruntukan Undang-Undang

2.2 Pengenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar

Jadual Kedua kepada Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975
[P.U.(A)52/1975] telah dipinda dalam Kumpulan G, butiran (b) dalam
ruang “perkhidmatan yang kena dibayar cukai” seperti berikut:

“(b) Penyediaan –

(i) perkhidmatan telekomunikasi dalam bentuk telefon, faksimili, telemail, alat keloi, telefon selular, teleks, perkhidmatan lebar jalur atau perkhidmatan nilai ditambah; dan

(ii) perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar”

Pindaan di atas dibuat melalui Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2010 [P.U.(A) 412/2010].

3. Pelaksanaan

3.1 Kenaikan kadar cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6%

Dengan pindaan kepada Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) 2009 seperti di perenggan 2.1 di atas, bermakna semua perkhidmatan bercukai sebagaimana disenaraikan dalam Jadual Kedua, PeraturanPeraturan Cukai Perkhidmatan 1975 adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan pada kadar 6% berkuatkuasa mulai 1.1.2011 kecuali perkhidmatan kad kredit dan kad caj.


Sunday, September 11, 2011

jangan lupa Al-Quran punya cerita

bagus jugak mat sabu kasi pikiran pasal bukit kepong. semalam, (ahad) tv rtm kasi tayang. aku suka tengok bini bini polis polis yang ada. semua ayu ayu gadis kampung. bukan macam gadis sekarang. dan lagi satu bab yang bagus, tak sangka pula semua orang getar lutut. dan masing masing nak ubah kat buku teks. jadi yang lu orang sudah tua, sudah lama, macam aku, semua sudah kena tipu la? siapa salah?

yang bagus mat sabu juga, dia punya pendapat, semua orang getar getar lutut. tapi itu sejarah yang sikit punya hal. malaya punya cerita.

tapi apasal semua orang tak getar getar lutut bila baca buku teks sekolah, yang kita dulu ni ada zaman batu la, zaman ini la, zaman itu la. berzaman zaman. tapi dalam kitab Al-Quran tak ada cerita pun macam tu? apa cerita? asal lu orang tak getar getar lutut?

ke aku yang salah baca atau salah faham? kalu aku yang salah, lu orang mesti kasi mau betulkan aku. ini bab agama. aku tak mau kasi lencong. ke lu orang yang betul? salah?

jom pergi getar getar lutut.

sekarang aku makin benci politik!

AHAKS~

cerita gua ngan mak gua dulu...(ciplak dari ENTAH)

cerita gua dengan mak gua dedulu..ha ha ha
adoi, angah kena ikut ke? alamak, problem ni... hajat nak melepak kat bawah pokok ujung taman rosak petang ni...getus hati gua...macam mana ni, tak kan nak bejalan ngan abah (sebut aboh) ngan mak (sebut mok)...tak rock la pulak... (sekitar 2005, 2006)

_________________________________________________________________________________________

kah kah kah, hal dulu2, gua tak segan mengaku terasa poyo kuda segan bejalan ngan mak ayah kat soping komplek lebih2 lagi masa nak beli baju sekolah...lagi tak syok kalau ada awek2 baya gua tengah jalan sesama member...itu dulu...sumpah gua tergelak ahaks ahaks sorang-sorang...dah, gua dah siap dah ni...mak gua nak pegi beli tudung, mak gua ajak pegi sekali..abah gua pegi keja..keje opis ni beliau lain sikit waktunya...waktu opis laa...8 jam...hehehe....

"aok dah siap belum? moh la" (mak gua panggil)...
"dah2..moh la..kang tutup kedai..mak beli tudung dah la lama..keh keh keh" gua jawab dengan gurau..
"la, aok ni ngapa pakai baju gambor tengkorok?" mak gua mempersoalkan baju Megadeth gua.
"kata rockers...keh keh keh" gua jawab tak ada gugup..

enjin pun di "start"...

Saturday, September 10, 2011

Nyamuk

Ada ubat nyamuk tak?

Adui....


gatal betul...


Karang gua bagi jugek nyamuk ni hisap heroin.

Friday, September 9, 2011

sajarah...

kalau tuhan perkenankan,
aku ingin melihat dengan jelas,
dan nyata..

kalau kau ingin tanyakan perihal sejarah,
maka kau tanyalah pada laut..
kerana biru suatu hari dahulu,
jadi hitam hari ini..

Sejarah manusia, jadikan manusia,
sama seperti binatang,
ayuh coba kau lirikkan bintang-bintang,
yang sudah mati berjuta tahun dulu..

catatan ; sejarah lampau perlu dipelajari sahabat. Namun kau cari guru yang benar. Sama seperti kau cari hadis dan perawinya..

Pasca-Indera III

PERINGATAN 1 : ENTRI INI PANJANG GILABABI. BARANGSIAPA YANG RASA MUAL MUAL ATAUPUN IBU MENGANDUNG DI SYORKAN UNTUK TIDAK MELAYARI DAN MEMBACA. DIKHUATIRI AKAN MENGALAMI MORNING SICKNESS YANG BERLARUTAN SEPANJANG TAHUN.

Peringatan 2: catatan gua kali ini mungkin agak tak berstruktur. walaupun selama ini memang tak berstruktur pun. kali ini mungkin lebih celaka lagi.

sebelum ini gua dah pun berkongsi sedikit di dalam entri Pasca-Indera I & Pasca Indera II

semenjak dua menjak ini negara dihebohkan dengan pelbagai isu isu kritikal yang akan menjadikan masyarakat seisi negara bertikam otak lidah dan gua harap tak de yang bawak sampai bertikam perut dan jantung. susah nak makan wo. isu isu ini sebenarnya telah lama dimundar mandirkan dalam masyarakat. akan tetapi ianya tak mendapat perhatian secara serius seperti akhir akhir ini. pelbagai persoalan mula timbul untuk menafi mahupun mengesahkan isu tersebut. mana mana pihak. masing masing dengan kepentingan masing masing. isu yang ingin gua sentuh ialah tak lain tak bukan isu Mat Indera. 

gua juga bukan dari mana mana parti politik. bukan dari mana mana JKKKKK kampung jenis apa pun. gua juga bukan ahli mana mana badan NGO. gua disini hanya sebagai rakyat biasa yang tak ada apa apa kepentingan selain dari ingin belajar dengan pemikiran terbuka disusuli fakta dan asas. yang mana betul yang mana salah perlu ditimbang dan bukan menerima bulat bulat. perkongsian ini juga gua kirakan sebagai cara belajar. kalau gua salah tolong betulkan.

isu Mat Indera sebagai pejuang ini sebenarnya telah lama diungkitkan. telah lama cuba mereka meyakinkan masyarakat. namun setiap pembawakan isu isu seperti mereka dari golongan kiri adalah pejuang, masyarakat hanya memandang sepi. endah tak endah. kerana kebanyakan yang bercakap adalah dari merek yang tak punya kuasa, tak punya pengaruh. hari ini, apa yang telah jadi semenjak 27 Ogos 2011. apabila seorang wakil dari parti pembangkang mengeluarkan pendapat nya tentang perjuangan Mat Indera, terus ia mendapat tempat dari pelbagai pihak. 

persoalannya, mengapa baru sekarang timbul isu ini? adakah disebabkan wakil rakyat tersebut inginkan publisiti murahan? pada hemat gua, sebenarnya isu ini telah lama dimainkan para sejarawan. seperti mana yang kita tahu buku buku berkaitan perjuangan golongan kiri juga boleh didapati. cumanya kita tidak diberi pendedahan dengan lebih mendalam tentang apa yang dijuangkan mereka. kebanyakan dari kita mendengar dan membaca buku teks sejarah sahaja dianggap sudah memadai untuk berbicara hal ehwal sejarah. publisiti ini juga pada pandangan gua bukanlah publisiti murahan yang perlu ditanggung oleh wakil rakyat tersebut. kerana beliau mengahdapi sudah lebih dari 50 report untuk isu ini. dan beliau juga menerima pelbagai jenis serangan dan tuduhan berkenaan isu yang dibangkitkan ini. 

hal ini berlanjutan kepada persoalan seterusnya. siapa mereka yang melabel Mat Indera sebagai pejuang? siapa pula yang melabelkan beliau sebagai pengkhianat? apa kewajaran mereka di dalam isu ini? adakah semata untuk kepentingan politik? telah gua katakan bahawasanya isu ini telah dikaji oleh para sejarawan. jika tuan puan tonton video sampai habis pada entri ini. tuan puan akan jumpa buku yang ditunjukkan. namun bukan hanya pada buku tersebut yang perlu dikaji. banyak lagi bahan sejarah lain. arkib negara barangkali tidak akan sewenang wenang untuk memberi pelepasan tentang isu sulit sebegini. gua tak nafikan, walaupun arkib negara ada menyimpan banyak bahan sejarah yang berharga namun ia tak mencukupi. kerana sesetengah daripadanya tidak boleh diakses. gua dah pergi dan gua berani cakap. melainkan arkib di london. disana, bahan sejarah lebih telus. seperti yang dikatakan pensyarah sejarah dan politik gua.

benar kata seorang sahabat, bila mula timbul isu sejarah, maka ramai pura pura jadi pandai sejarah, bila timbul isu agama ramai pura pura jadi ahli dalam agama. bagi gua, ini serupa juga orang yang tak pernah ke dapur tapi mahu cerita tentang masakan. orang yang tak pernah ambil kisah pasal sistem ekonomi tiba tiba mahu bercerita tertonggeng terbalik tentang komunis. ini realiti, memang wujud orang orang seperti ini. gua tak menghalalkan perkara yang haram. namun perkara yang absah takkan gua perlu diamkan. 



disini gua juga suka untuk berkongsi maklumat yang dapat gua garapkan sikit dalam forum tersebut. pihak penganjur forum ini juga sebenarnya telah menjemput dua tiga wakil dari berlainan pihak untuk berbicara secara terbuka tentang isu ini, namun jawapan balik yang diterima tidak seperti yang diharapkan. forum ini juga menampilkan tiga personaliti berbeza iaitu seorang dari wakil rakyat, seorang lagi professor dan seorang lagi jurnalis bebas yang tak berdiri dalam mana mana parti mahupun badan NGO.

penerangan setiap panelis banyak berkisarkan tentang perjuangan golongan kiri. mereka juga menampilkan nama nama seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Ahmad Boestamam dan Dr Burhanuddin Al Hilmy. perjuangan mereka ini dikaitkan dengan perjuangan Mat Indera yang dikatakan perjuangan orang komunis yang tidak beragama. hal ini disangkal dengan fakta bahawasanya Mat Indera itu sendiri adalah seorang ahli di dalam agama yang mana ianya disahkan oleh incik Baharom Syah selaku adik kandung beliau yang juga hadir pada malam itu. suka juga gua untuk meng-quote kata isham rais disini. katanya, manusia lahir sebagai komunis dan mati sebagai komunis. kerana komunis tak memiliki apa apa private property. demikian beliau menyangkal ttuduhan komunis itu sebagai orang tak beragama. mat sabu pula bertindak mengenengahkan peristiwa yang beliau pernah sampai ke kem Rashid Maidin yang juga digembar gemburkan sebagai komunis dan tak beragama. apabila sesampainya di kem tersebut, beliau terkejut dengan mendapati surau sebagai bangunan yang mula mula beliau temui dan bukannya kubu mahupun lapang sasar.

hal ehwal berkenaan ini kemudian diperdebat lagi dalam forum tersebut. sama da salah kah komunis? apakah komunis itu tak beragama? dan matlamat perjuangan mat indera ketika itu. ia berlanjutan sehingga dijemput seorang pemuda parti pas untuk membentangkan penyelidikan sarjana berkaitan isu Mat Indera : Pejuang atau Pengkhianat.

ini yang mana sempat gua salin. selepas tahu 1945 setahun setelah Jepun meninggalkan tanah melayu, tertubuhnya pelbagai parti termasuklah United Malay yang ditubuhkan pada tahun 1946. pada ketika tersebut Indonesia telah pun merdeka lebih awal. Tanah Melayu masih dibawah jajahan British. parti gerakan kiri pada ketika itu masih sah. tertubuh bersama sama dengan tertubuhnya United Malay. seperti API dan KMM. namun pada 1948, kesemua pertubuhan diisytiharkan haram kecuali United Malay. 

sementelah tersebut, golongan anak muda menjadi rebel. parti gerakan kiri yang melawan British diminta untuk diharamkan. sementara yang menurut perintah itu saja diisytiharkan sah seperti United Malay.  ini termasuklah API dan KMM. Mat Indera selaku salah seorang anak muda yang rebel telah mencari inisiatif lain untuk melawan penjajah pada ketika itu. Mat Indera telah masuk kehutan dan apabila beliau di hutan , beliau berjumpa dengan askar komunis bintang tiga yang masih aktif secara gerila untuk menentang puak British. persoalan ini samada Mat Indera mempergunakan komunis untuk mencapai kemerdekaan ataupun komunis mempergunakan Mat Indera untuk mencapai kebebasan masih dikaji oleh para sarjana.

perkara ini berlarutan sehingga terjadinya pada tarikh 23 februari 1950. serangan Bukit Kepong yang diketuai oleh Mat Indera dan beberapa anggota komunis lain menyerang Bukit Kepong. hal ini yang menjadi isu pada ketika ini tentang apa ke sial sebenarnya Mat Indera menyerang Balai Polis Bukit Kepong waktu tu? persoalan ini dijawab oleh panelis dengan menyatakan bahawasanya di rumah pasung tersebut tempat dimana mereka ingin menyelamatkan mangsa mangsa (rakyat) yang dizalimi oleh pihak British. kezaliman perlu ditentang dan bukan dijulang. tuduhan bahawa Mat Indera membunuh mata-mata melayu (British) ketika itu pula disangkal dengan beliau telah menyelamatkan beberapa anggota polis melayu dan keluarga. antaranya yusof rono dan jamilah abu bakar. 

demikian gua menaip ikut suka hati gua. gua takda masa nak baca balik. kalau ada salah, sila betulkan. kalau ada perkongsian jangan segan segan. kalau ada duit, sila kan payung gua makan. ini adalah apa yang dapat gua garap di dalam forum tersebut. ada yang menyebut tentang keganasan komunis. apa yang gua belajar tentang komunis asalnya adalah sistem ekonomi yang dipanggil sosialis. perjuangan untuk masyarakat. kesamarataan hak. bukan gua setuju total dengan komunis. tapi jika tak salah buat apa gua nak gelar salah. pasal tok janggut kena gantung terbalik siapa nak jawab? siapa kata kita merdeka tanpa berkorban? kata mat sabu  tunku abdul rahman, dr burhanuddin al hilmy, ahmad boestamam, tok janggut, mat kilau semuanya sama sama berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan. bukan pihak satu pihak saja, tapi semua rakyat tanah melayu tanpa kira kaum menentang kezaliman.




Thursday, September 8, 2011

Pasca-Indera II

terimakaseh bagi yang sudi membuat perkongsian. termasuk orlando dan wadi. gua belum siapkan lagi review forum. tapi gua dah dapat video forum tersebut. gua share kan disini.

BOLEH KLIK SAJA PADA LINK

FORUM MAT INDERA : PEJUANG ATAU PENGKHIANAT 1

FORUM MAT INDERA : PEJUANG ATAU PENGKHIANAT 2

FORUM MAT INDERA : PEJUANG ATAU PENGKHIANAT 3

FORUM MAT INDERA : PEJUANG ATAU PENGKHIANAT 4

FORUM MAT INDERA : PEJUANG ATAU PENGKHIANAT 5

FORUM MAT INDERA : PEJUANG ATAU PENGKHIANAT 6

FORUM MAT INDERA : PEJUANG ATAU PENGKHIANAT 7

FORUM MAT INDERA : PEJUANG ATAU PENGKHIANAT 8

watch it with your open heart. then we'll talk. enjoy.

Pasca-Indera

first of all gua mohon maaf zahir dan batin di atas menganak tirikan tong-geng. bukannya sibuk beraya. tapi sibuk tak buat apa apa. macam tak tahu pulak lu kat gua ni kan. gua akan buat sesi review forum dalam masa terdekat sehari dua ini berkenaan isu Mat Indera. yang gua yakin pakcik pakcik felda yang tak kenal pun boleh jadi kenal dengan Mat Indera ini siapa. sebelum itu, whoever have any thoughts in this issue, gua tak akan teragak agak untuk berterimakaseh sekiranya lu tak teragak agak untuk share disini. terimakaseh. akan tetapi gua amat tak menggalakkkan untuk penyampaian tuduhan tuduhan bodoh yang tak punya asas. setiap tuduhan ataupun hunjaman yang ingin dikeluarkan mestilah ada asas. macam lu makan karipap kalau takde inti jadi apa? jadi bodoh. itu bukan karipap namanya. 


terdapat beberapa persoalan yang boleh gua share. lu orang boleh klik sini

Wednesday, September 7, 2011

kenapa di sini sudah tiada update?

hahahahhaha.. lu orang gelak skema...