Monday, January 30, 2012

Thursday, January 12, 2012

perihal keje gomen.

mungkin ni tulisan terakhir gua sebelum jadi orang bumi kenyalang.
pasni mungkin lame sikit la gua nak update lagi kat sini. melainkan kalau ade sambungan tenet kat sana.

...

"relak ar, malaysia gak. kan best dapat pegi sane"
"hahaha.. padan muke. aku dapat balik kampung"
"hehe. best la. gaji banyak, leh kumpul duit pastu kawen."

ni la antara jawapan2 dari kaum kerabat dan juga rakan sepertentangan bila dapat tau perkhabaran gembira dari gua.
kononnya sebagai nasihat. mungkin gua dapat la terima sikit2.

tapi cube bayangkan kalau lu orang yang dapat sendiri.
orang cakap ape2 pon kat lu orang, mesti lu orang akan wat 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri' je.

...

p.s: gua tengok kawan gua macam dah ilang pedoman jap mase mula2 dapat tau benda ni.

Wednesday, January 11, 2012

surat dari isim


Bagi aku cantik itu terlalu subjektif; sesuatu norma yang abstrak. Sebenarnya kau tak boleh kata dia itu cantik, dia cantik bila kau tak boleh nak cerita yang dia tu memang betul-betul cantik. Kau faham?

Betul, mengimpikan sesuatu yang payah nak ada tu memang azab. Tapi memang itu sifat manusia. Aku rasa semua macam tu. Tak kira kau lelaki atau perempuan. Tapi aku percaya tuhan tanam sifat macam itu untuk keseimbangan perjalanan manusia atas Dia punya galaksi. Serupalah masa kau belajar subjek akhlak di sekolah, sifat mahmudah dan sifat mazmumah.

Semua benda yang wujud dalam dunia memang tuhan berahsia. Dia hanya bagi ‘hint’ dengan al-Quran untuk manusia.; panduan.

Cinta ni bagi aku serupa hari kiamat. Memang rahsia. Tuhan tak bagitahu bila jadi. Dengar dengar berlaku pada 2012. Tapi kita siapa nak predict? Bahaya sebab boleh timbul unsur syirik. Aku nak tekankan cinta itu tiada pendefinisian yang tepat. Aku percaya memang takda. *dari aku kecik sampai beso aku cakap cinta tu “love’’ bentuk hati warna merah* kahkah.

Tuesday, January 10, 2012

Surat Dari Kremlin IX

Bogdan telah pun melangkah jauh meninggalkan Grigorii sendirian. Di hadapannya kini tersergam megah bangunan-bangunan hasil ketamakan kapitalis tumbuh melata seperti cendawan selepas hujan. Masing-masing dalam keadaan ereksi menembus langit bagaikan sedang menahan gelodak syahwat menghadap tubuh telanjang bidadari syurga.

"Ah, kapitalis sial.." Bogdan menghembus keluhan yang berasimilasi dengan bau busuk mulutnya yang sudah lama tidak menjamah 'colgate' perisa pudina.

Hari semakin berevolusi dari siang kepada maghrib kepada malam, hasil dari putaran planet tempat diam Bogdan dan berzillion makhluk lain. Bogdan perlu mencari tempat istirehat. Sudah satu hari suntuk Bogdan berjalan tanpa cita, misi, visi, tujuan, dan destinasi.

Akhirnya sampailah Bogdan di bawah satu jambatan besar tempat penagih-penagih kasih syurga dunia selalu bersantai. Tapi pada hari itu, tiada siapa di situ.

"Lepak sini pun cantik jugek ni," kata Bogdan kepada alter egonya yang sedari tadi setia menuruti setiap tapaknya. Entah kenapa alter egonya begitu setia hari itu bukanlah dalam jangkauan ilmu pengetahuan Bogdan.

Bogdan bersandar di salah satu tiang konkrit jambatan itu. Matanya memandang langit yang penuh bintang berserakan. Ada yang berkelip, ada yang tidak.

"Ah.. Kosmos.." bisik Bogdan kepada alter egonya, namun sahabat imaginasinya itu tidak lagi kelihatan.

Bogdan terus-terusan merenung kosmos tanpa jemu. Sampai satu ketika, matanya langsung tidak berkelip menikmati keinfinitian alam kosmos penuh rahsia itu. Tiba-tiba menjalar satu perasaan euforia deras mengalir ke seluruh tubuh Bogdan merentasi salur-salur darah serta neuron sarafnya. Semakin lama semakin laju sehingga mencapai kelajuan bunyi.

Bogdan menangis.


KALAU BERANI SAMBUNG

Monday, January 9, 2012

tampar

aku dah lupa la bagaimana corak penulisan yang selalu aku luahkan. ada sesiapa mahu tunjuk?

kalau setiap pagi tampar pipi 60 budak, mesti yang sakit lagi tangan yang menampar tu.


dulu dulu lagi ELITE ke tamparan wanita?

Surat Dari Kremlin VIII

bagasi telah kemas dipek. Grigorii memandang sepi pada Bogdan yang tak lama lagi akan pergi dari bilik palang besi. tak, bukan sedih tapi mengenangkan nasib. sebelum Bogdan, telah ada dua yang lain kesemua mereka sekadar bertukar tempat pada tilam peroi dibawah kamar bertingkat yang sudah dikira menjadi 'milik' Grigorii dalam bilik 911 itu.

"kau dah cek semuanya?,"tanya Grigorii buat buat prihatin

"kahkahkahkahkahkah. dah," jawab Bogdan selamba dog

Grigorii jadi malas nak bertanya lagi dengan perangai Bogdan yang dah serupa dog tersebut. barangkali Bogdan dah tak sabar meninggalkan Grigorii. "pergi la mampus," getus hati Grigorii sambil menyarung cutter Guillotine pada Cigar buatan tangan Vitoila Montecristo Laguito No. 3.

"kecak," Grigorii memotong sambil cutter Guillotine terus diletak pada sisi bantal yang berpeta Russia. jelas. peta pada bantalnya memang peta Russia.

derap kaki pengawal boroi separuh abad makin dekat dengan setangkai kunci bilik bernombor 911 pada gelang tangan. Grigorii berbaring. mata dipejam rapat. mancis dinyala,dicumbu. terus, mulut menyedut irama irama dan nyanyian karamah datang dari Cigar buatan tangan Vitoila Montecristo Laguito No. 3.

"Beth...."


KALAU BERANI SAMBUNG

Surat Dari Kremlin VII

Dalam laci itu bersepah objek-objek simpanan Grigorii iaitu sepasang jangka lukis, pembaris fleksibel, picagari, kotak mancis vintaj jenama Club 47, kad matrik Grigorii semasa dia bekerja di kilang gin dan tonik satu masa dulu, beberapa getah pemadam bergambar bendera negara-negara Scandinavia, objek-objek lusuh lain serta beberapa helaian kertas berlipat empat.

Grigorii menarik keluar sehelai kertas berlipat empat yang tertindih dek pemadam-pemadam Scandinavia tadi. Dibuka lipatannya dan mula ditenung.

'Himpunan Doa-doa Harian'.

"Silap," getus Grigorii sendirian seraya melipat kembali kertas itu seperti sediakala, lalu diletak kembali di bawah tindihan pemadam-pemadam Scandinavia, juga seperti sedia kala.

Ditariknya sehelai lagi kertas berlipat empat dari celahan objek-objek random itu. Grigorii membuka lipatan kertas itu dan mengamati tulisan di atas kertas itu. 'Ok, kali ni betul' kata hati Grigorii.

'Revolusi' - kata kertas itu dalam bahasa Hebrew.

Ditenungnya lama-lama tulisan yang sepatah itu. Meremang bulu roma Grogorii seketika. 'Merinding' kata orang Jawa. Hal meremang bulu roma ini datang berkali-kali banyaknya sepanjang-panjang Grigorii merenung kertas itu.

"Peh, sampai meremang-meremang bulu roma aku ni tahan cirit. Ah, layan berak dulu lah.." monolognya.

Grigorii meletakkan kertas itu di atas meja dan ditindih dengan satu kitab berbahasa Bohemian. Grigorii menuju ke tandas dengan bula roma tegak berdiri.

Merinding.




KALAU BERANI SAMBUNG

Surat Dari Kremlin VI

Kalau merokok tu terlalu mainstream untuk scene-scene sendiri dalam bilik. Kali ini Grigorii capai inhaler.

Fuh!

Lega.

"Gelap betul bilik", Grigorii membebel sendiri. Masih di atas pembaringan yang kacau bilau. Semalam Beth menumpang tidur. Grigorii pula keluar minum sendiri. Beth pula tidak tolong kemas sesudah tumpang tidur. Grigorii lagi lah malas.

Fuh! Grigori menghembus lagi, dan terus bangun ke sisi kanan katil. Mencari suis lampu di sebelah pintu yang berhadapan dengan sisi kanan katil dengan jarak lebih kurang tiga langkah. Suis masih lagi pakai suis lama yang warna hitam bentuk bulat.

TIK!

Terang tak terang juga bilik Grigorii.

Dari luar nampak tingkap bilik Grigorii terang sedikit tapi balam-balam dek langsir kain kapas.

Grigorii berundur tiga langkah dan terus  menyembam belakang badanya ke atas pembaringan semula. Kemudian kepalanya diangkat sedikit dan toleh ke arah meja yang siap ada laci terletak di hujung kepala katil sebelah kanan. Di atas meja ada buku nota dan jam meja digital yang mengguna sistem '7-segment display'.

Grigorii tengok jam.

3AM.

Grigori bangkit lagi terus tarik laci.......


KALAU BERANI SAMBUNG


Sunday, January 8, 2012

Persembahan Dunia

Aku bukan dari pihak kiri
Mahupun dari pihak kanan
Kehadiran ku hanya sekadar penonton
Penonton kepada persembahan ragam manusia
Gerak gaya nya
Tutur kata nya
Membawa seribu macam cerita dan makna
Tipu daya
Fitnah
Adalah sebahagian daripada pelarisnya
Aku hanya manusia biasa
Tidak mampu merungkai rahsia disebaliknya
Hanya mampu menunggu saat waktu nya tiba
Hari pengakhiran bagi segala drama-drama dunia....

* The world has already fucked up

Saturday, January 7, 2012

Surat Dari Kremlin V

"He can be caught, he can be killed and forgotten, but 400 years later, an idea can still change the world. I've witnessed first hand the power of ideas, I've seen people kill in the name of them, and die defending them... but you cannot kiss an idea, cannot touch it, or hold it... ideas do not bleed, they do not feel pain, they do not love... And it is not an idea that I miss, it is a man... A man that made me remember the Fifth of November. A man that I will never forget. " evey hammond


ditolak dari atas bangunan
tingginya kurang 6 tingkat dari klcc
tangan digari 
kaki diikat
mulut ditelekup
cuma mampu
meneran
teran
eran
ran
walau angin kuat
peluh kemain lebat
tujahan makin padu
makin lama makin dekat
urat leher kepala semua keluar
air dari punai juga tak lupa untuk keluar
bersama selamanya . . . 
guaketap gigi
pejam mata
senyum nipis
dan kali itu aku benar benar menyerah


"aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaddddddddddddoooooooooihhhh" Bogdan melaung panjang perti azan subuh memecah hening.


KALAU BERANI SAMBUNG

Aktivitas Minggu Hadapan

Wacana Diskopi (Siri-II): Negara dan Representasi Politik -- Apa yang dimaksudkan dengan "Kuasa Rakyat"?
Panelis: Firdaus Zolkifli (aka Mesin Cetak) & Fahmi Reza
Masa: 08:30mlm - 10:30mlm
Tarih: 11 Januari 2012 (Rabu)
Tempat: Distro Buku, UKM Bangi

dan seterusnya


Friday, January 6, 2012

Hal Hal Kemanusiawian

imajin sedang membawa kereta. imajin jalan lurus. imajin berada pada jalan dua lorong dua hala. imajin rasa kereta hadapan lembab. imajin potong kereta. ambil side kanan untuk memotong. imajin ternampak kucing sedang elok bersekedudukan di sebelah bahu kanan jalan. sedang imajin memotong, imajin dikejutkan kereta dari hadapan. tiba tiba deras depan mata. umpama wayang 3D yang tiba tiba keluar timbul gambarnya. dan masa juga berenti.

imajin ada tiga pilihan
himpit kiri dan melanggar kereta mercedes dan membiar puluh ribu ringgit terbang ke langit
himpit ke kanan dan melanggar kucing yang berkhalwat dan tanpa sebarang bayaran
atau
berada pada lorong yang sama dan berserah pada takdir

imajin imajin imajin...

Thursday, January 5, 2012

borak semasa

budak UPSI, abam polis, Amalina, Ustaz Azhar, Vendetta hah, nama apa lagi yang tak keluar lagi ni?

bebudak UPSI,
budak muda darah tengah panas

abam polis,
yang stedi stedi. yang emo boleh berenti.

Amalina,
orang yang bising sangat duk mencarut duk membedok bahan kawan tu kalau dah gua hantor lu pergi luar negara baru lu tahu tergeliat tak tergeliat lu punya stimulasi sensor.

Ustaz Azhar,
this is it. ini jalan menyampaikan kebenaran. siapa siapa yang melalui harus telah tegap bersedia terlebih dahulu.

Vendetta,
kata V "ide tak akan pernah mati." dan aku sedang dahagakan ide. sangat haus.

p/s :gua kalau tak tahu sangat nak berborak dalam mana mana ruang gua pergi sini.

Wednesday, January 4, 2012

surat dari johnny

assalamualaikum.

gua budak baru, johnny yang jemput. harap jangan pukul gua.

sekian.


p/s: gua tak tau nama sebenar johnny. kadang johnny nepp lonsdale, kadang johnny nepp haro, kadang anep, kadang anip, kadang hanif. tapi kepala dia memang macam kepala mancis.

Tuesday, January 3, 2012

pantun azam

anak muda berbalas pantun,
pantun dikarang indah sekali,
apa azam ini tahun,
cuba korang jawab sendiri.

dua tiga bijik jambu batu,
manekan same si buah asam,
bila sampai tahun baru,
semua sibuk nak pasang azam.

sungguh luas lautan biru,
anak ikan di dalam kolam,
cube korang bagitau aku,
ape sebenarnye maksud AZAM?

kalau tuan ingin berjaya,
haruslah berusaha dengan tekun,
berjaya jugak aku akhirnya,
tulis post pertama ini tahun.

ihiks.