Tuesday, January 21, 2014

aku tak puas hati

menulis ni sebenarnya satu art yang semakin tak popular dalam kalangan masyarakat sekarang ni. disebabkan aktiviti update status dekat fesbuk mahupun twitter bahkan memuatnaik gambar dalam instagram lagi best. lagi satu sebab orang malas dah nak tulis ni sebab leceh. tak macam fesbuk, twitter, instagram. login je kat henset, taip sikit, upload gambar sikit, luah perasaan sikit, dah dapat banyak like dan komen. power betul zaman ni. cube tulis kat blog macam ni. jangan harap orang nak baca. orang lagi suka tengok gambar sekarang ni. tu sekarang punye cerita la. aku tulis ni bukan sebab nak kata aku ni tak buat benda benda yang aku tulis kat atas ni. disebabkan kemudahan ni jugak la aku dah lame tak menulis panjang macam karangan budak sekolah jawab SPM.

sebenarnya bukan masalah blog ni power atau fesbuk ni poyo atau instagram ni best yang aku nak cerita. cerita yang sebenarnya aku tak puas hati betul dengan satu badan gomen ni. tak puas hati sebab dari dulu sampai sekarang sebab tak habis habis nak menyusahkan orang. terutamanya orang orang macam aku ni yang keje bawah badan gomen ni. kalau tanya kat orang yang keje gomen sama macam aku ni diorang tau la. ni pun tak sampai lagi cerita aku tak puas hati ni.

cerita dia kenapa badan gomen yang bijak pandai ni block laman sosial yang memudahkan segolongan orang yang kena kerja gomen kat tengah tengah hutan belantara ni nak berhubung? kalau nak suruh aku tanya dengan orang gomen no. 1 dalam malaya ni pun dia bukan tau nak jawab. habis, siapa nak jawab ni? ingat satu negara kita ni dapat coverage telepon ke? korang tau x? tau x? kalau jadi apa-apa macam mana aku nak berhubung. cerita "KALAU" ni, macam macam boleh jadi. yang baik, yang tak baik. semua boleh. kalau aku jadi perdana menteri, kalau aku jadi nelayan, kalau aku jadi maling. dah melalut dah aku ni.

cerita dia sekarang aku tak puas hati. tak puas hati apa, baca la balik ape yang aku carutkan kat atas ni.