Wednesday, July 2, 2014

menulis

menulis ke menaip?

menaip.

ok. mencerna di blog tong-geng ni selalunya perlu ada idea yang bernas dan berkat. berkarat pun boleh gak kalau idea itu power. kebanyakkan entri kat sini ada cerita tentang isu isu semasa dengan bahasa kesa. dan itu terpulang pada sesiapa yang membacanya, mentafsirnya.

ada jugak yang mencerna idea dengan bahasa yang satu satu keluar dari mulut dia. tenang, rilek, calm, stedy. "trust and calm" orang putih kata. ataupun yang jadi trend sekarang ini "keep calm and" mende tah. aku tak amek tahu sangat.

trend. manusia kat malaysia ini, remaja yang sunat pun masih belum kering lagi, dah pandai ikut trend yang tak ada faedah. jati diri langsung tak ada. aku tidak maksudkan jati diri ketuanan tanah air sendiri itu kena keluar pakai baju melayu dengan sampin, tenggolok dan keris setiap hari. cuma biarlah nampak ciri ciri orang yang betul dari segi pemikiran yang matang.

cakap kononnya open minded tapi bila kena tegur dengan fakta yang betul, habis semua disampah sumpah seranahnya. open la sangat. yag aku nampak open dari segi baju yang tak cukup benang. yang tak cukup kain. tarik ke atas nampak pangkal peha. tarik ke bawah nampak buah dada. sorry to say bulan bulan puasa ini.

aku pun pakai seluar jeans, pakai t shirt masa hari hari biasa, tapi senonohlah sikit. ikutlah budaya k-pop tu, sikit pun takda masalah, cuma adaptasi la agar senonoh dengan bangsa di malaysia ini.

belum dengan artis. nak jadi idola yang salah. amerika dengan hollywood. india dengan bollywood. malaysia? playwood.

budaya 3gp dah tenggelam sekarang ni. timbul dengan selfie yang buruk. pada pada lah.

belum nak berhenti kritis lagi, tapi kalau cerna panjang panjang pun ayat entah apa benda, kurang senang juga.

salam ramadan. jangan pentingkan tarawih dari solat isya'.

No comments:

Post a Comment

tulis elok elok. elok dari gua tak lempang terus gua lempang. kang naya.