Tuesday, November 29, 2011

sape yang nak rugi?

kaedahnya karim sedang bersusah hati menganggur menunggu mane-mane majikan yang sanggup meng'hire'nye kerja. tiba-tiba datang seorang sahabat yang musibat menegur beliau.

"karim, relek nampak. kau watpe je nih?", soal Mahat.

"relek hape? aku tengah tension ni. aku dok pikir bila ntah aku dipostingkan? kat mane pon aku xtau." jawab Karim.

"wah, untung la dapat kerja ngan kerajaan.", balas Mahat menyindir.

Karim cuma diam.

"eh, aku dengar kau dah ada awek sekarang. budak mane?", tanya si musibat ni lagi.

"em.. ade.. budak kampung sebelah.", jawab Karim malas.

"UNTUNG LA dah ade awek...!", balas Mahat. disambung dengan gelak2 yang cam celaka kedengarannya pada Karim.

........

.....

..

semua orang nak untung, sape yang nak rugi sial?

p.s: aku jaki gila kat budak2, remaja mahupun orang tua yang suke-suke guna perkataan UNTUNG (rujuk cerita di atas) tak tentu pasal.

Wednesday, November 23, 2011

apa bezanya musuh dan sahabat?

sahabat dapat cium la. musuh dapat kaki.
hahaha. lu orang gelak skema!

mereka yang sentiasa ada dalam hati dan fikiran kita, cuma bezanya adalah perasaan.






para pencari tuhan.

Wednesday, November 16, 2011

Forum Politik UKM

Tempat : Dewan Gemilang, UKM

Masa : 8.00 PM – 11.00PM

Tarikh : 23 November 2011 (Rabu)

Amir Farid

Timbalan Presiden 1, Kelab Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Universiti Kebangsaan Malaysia (PESEPSI)

Bagi maklumat lanjut sila hubungi Amir Farid di talian 0133794367

Wakil parti politik adalah dinasihatkan supaya bersedia untuk memberikan ulasan berkait dengan tuntutan kebebasan akademik, pemansuhan hutang mahasiswa, dan pemansuhan sistem pembelajaran bertumpukan peperiksaan. Setiap wakil akan diberi 15 minit untuk berucap dan kemudian terbuka kepada soalan-soalan daripada hadirin. Kemudian mahasiswa akan menyatakan pendirian melalui undi untuk dua perkara 1 Parti Politik, 2 Berdasarkan isu.

dirembat tanpa mohon share dari Warung Idea Diskopi

Monday, November 14, 2011

perubahan..




dah lame xmenulis. xde idea. malas.

tapi kali ni aku tujukan untuk anep ngn acai.

haha..

Wednesday, November 9, 2011

pasangan

puisi dan rokok

tak segratis romeo dan juliet

izinkan aku mengirup sedikit

untuk nyawa besok

3:44pagi
9november'11

Tuesday, November 8, 2011

TAK PUAS HATI #0.2: Still A Bit Basic

Perjuangan ni datang ertinya dari mana?

Babi. Gua memikir benda ni boleh jadi buat hal tak elok kat masyarakat.

Dulu ada satu perampok datang merampok hasil dekat kebun jiran gua, dia kena tangkap.

"Apasal kau merampok di kebun aku wahai orang muda?", jiran gua tanya. Jiran gua masa tu pakai baju band. Kalau tak salah pakai baju band The Charlatans. Mana dapat tah. Entah apa-apa je layan The Charlatans. Tak ganas langsung.

"Ini kerana perjuangan ku!", jawab perampok tu. Takde rupa macam budak dadah. Pakai semart betul. Siap tuck in. Untung takde braces dengan dokmart. Kalau tak boleh juge macam rupa budak skinhead.

Berbalik kepada persoalan.

Perjuangan.

Tapi apa-apa pun nak memulakan suatu perjuangan mesti ada target macam perampok tu. Dia sudah memikirkan satu target. Dan juga ada pergelutan.

Setiap perjuangan tanpa pergelutan adalah tahi. Itu bohong. Bohong kalau ada perjuangan tanpa pergelutan.

Ada satu pergelutan sama ada secara Durden atau secara sosial baru membuatkan satu unit jasad berjuang.

Kalau ditanya kepada Ariel Sharon hal penghapusan umat palestin sekalipun dia akan beritahu, "Itu perjuangan ku!".

Masing-masing punya hal.

Iblis pun akan menjawab juga, "Itu perjuangan ku!"

Atas modal baik atau buruk, terserah.

Cuba bertanya kepada anjing kenapa kau buat sepah tong sampah depan rumah gua, anjing menyalak bukit.

Bangsat.

p/s: gua kalau menulis lama-lama memang tak boleh. 

entah

entah persoalan ini sudah ditimbulkan belum dalam tong-geng ini. kalau sudah kiranya kita seperti mengemudi otak kembali ke zaman dahulu kala la. macam nilapura, mana punya negara dengan kostum sebegitu rupa, orangnya petah berbahasa baku. itu pembuka bicara.

persoalannya, kenapa bila kita menaiki bas sebagai penumpang, bas tiada tali pinggang kelendar dan kita tidak diwajibkan memakai tali pinggang kelendar? mengapa kenapa apakah?

moralnya : masa dulu kalau nak keluar televisyen, fesyen rambut pun ambil kira. lagikan penampilan. tapi kini, asal lu orang boleh bertutur dengan baik dan susunan kata bahasa sempurna saja, dedah la mana mana pun, pasti masuk punya!
CAYA LA SAMA LU ORANG SUMA!!! 

Pilihan

"Kate, kalau kau dibagi pilihan jadi X-men, kau nak jadi siapa?", Steph tak pasal-pasal tanya. Sudah la Kate baru putus cinta. Diaju pula soalan tanpa guna kepala otak. Steph.. Steph.. Gua geleng kepala.

Kate pandang wajah Steph. Lama.

"Aku kalau boleh nak jadi Wolverine", Kate menjawab soalan tadi sambil senyum berseri-seri.

Berkerut dahi Steph.

"Babi, wolverine aku punya!!", Steph meradang pula.

"Apasal pulak nak jadi Wolverine?!!", Steph tak puas hati mendesak Kate.


"Pegi la mampus", Kate sambil buat gaya 'wek-wek'.

p/s: 

"Bende la kau ni. tulis perkara tak berpekdah", Pert tiba-tiba datang sebelah gua tegur. Berbisa.

Gua paling ke belakang. Gua terajang kelamin Pert.

"Gua Wolverine!!", gua jerit. tiba-tiba gua macam ada power. Kat celah-celah jari gua keluar kuku besi admantium. Berbentuk cakar macam watak Vega dalam Street Fighter.

Pert terus tak bangun-bangun.

Tuesday, November 1, 2011

aku lah super hero


asal bila kita tengok kaca televisyen, super hero mesti yang gempak gempak. yang badan gempul gempal. sana sini tubuh perkasa.

asal bila kita lihat para penjahat, mesti yang buruk buruk. yang tak kacak, yang tak mahu macho. 

asal ha?

asal bila kita berdiri dalam dunia realiti, yang kacak kacak ada tali leher, ada gempal gempol sana sini, ada tubuh sikit perkasa sebenarnya adalah penjahat? lu orang tengok dia punya harta. lebih besar dri kerja.

bukan itu kerja jahat ka?

asal yang duduk selekeh selalu selamatkan orang ramai yang dalam kesusahan?

moral : jangan bersangka buruk.