Tuesday, November 8, 2011

TAK PUAS HATI #0.2: Still A Bit Basic

Perjuangan ni datang ertinya dari mana?

Babi. Gua memikir benda ni boleh jadi buat hal tak elok kat masyarakat.

Dulu ada satu perampok datang merampok hasil dekat kebun jiran gua, dia kena tangkap.

"Apasal kau merampok di kebun aku wahai orang muda?", jiran gua tanya. Jiran gua masa tu pakai baju band. Kalau tak salah pakai baju band The Charlatans. Mana dapat tah. Entah apa-apa je layan The Charlatans. Tak ganas langsung.

"Ini kerana perjuangan ku!", jawab perampok tu. Takde rupa macam budak dadah. Pakai semart betul. Siap tuck in. Untung takde braces dengan dokmart. Kalau tak boleh juge macam rupa budak skinhead.

Berbalik kepada persoalan.

Perjuangan.

Tapi apa-apa pun nak memulakan suatu perjuangan mesti ada target macam perampok tu. Dia sudah memikirkan satu target. Dan juga ada pergelutan.

Setiap perjuangan tanpa pergelutan adalah tahi. Itu bohong. Bohong kalau ada perjuangan tanpa pergelutan.

Ada satu pergelutan sama ada secara Durden atau secara sosial baru membuatkan satu unit jasad berjuang.

Kalau ditanya kepada Ariel Sharon hal penghapusan umat palestin sekalipun dia akan beritahu, "Itu perjuangan ku!".

Masing-masing punya hal.

Iblis pun akan menjawab juga, "Itu perjuangan ku!"

Atas modal baik atau buruk, terserah.

Cuba bertanya kepada anjing kenapa kau buat sepah tong sampah depan rumah gua, anjing menyalak bukit.

Bangsat.

p/s: gua kalau menulis lama-lama memang tak boleh. 

2 comments:

  1. heheh. Perjuangan itu lestarinya pergolakkan. Saling terkait, itu mmg.

    ReplyDelete
  2. sajak itu bentuk juang manakala puisi lebih lembut macam tilam. tu kira definisi juang gua. boleh dok?

    ReplyDelete

tulis elok elok. elok dari gua tak lempang terus gua lempang. kang naya.