Wednesday, February 22, 2012

PENDEK

ini adalah kepala hotak.



p/s: kah kah kah.. sedap sial tulis setail pendek-pendek.

Sunday, February 19, 2012

perkaitan deria dan ilmu

deria manusia ada tiga

hati
akal
pelir

ilmu yang baik adalah orgasme kepada ketiga tiga deria

Surat Dari Kremlin XI

"sial",

Grigorii terjaga dari tidur yang tak seberapa. barangkali mimpi terlalu celaka untuk dibicara menjadi wadah seni pujangga berpeleseran. mimpi dia hanya berlegar pada takah picisan dan tak lebih. entah kenapa tak juga diketahui. cigar buatan tangan Vitoila Montecristo Laguito No 3 terpadam sudah. entah siapa yang memadam tak juga diketahui.

sepit kuku dikeluar dari sisip celah tilam. pisau dari sepit kuku ditarik keluar lalu ditarah pelan pada dinding konkrit berlumut hitam. garis garis numeral roman dicatit pada dinding.

"XCIII"

"syaitan, barangkali manusia sedang lupa pada mata ketiga" bentak Grigorii sendiri. ketap bibir.

"apabenda mata ketiga setan?",  Toby yang dari tadi sibuk membakar dapur ganja menyampuk.

Grigorii tak melayan. pergi sinki, basuh muka. tanggal baju dan menampak susuk tubuh batik parut bercampur tatu.

cutter jenis Guillotine diacu pada dada katang Grigorii. tepat pada hati. ada satu tatu bentuk alis dan biji mata.

*kechipp


KALAU BERANI SAMBUNG

Saturday, February 18, 2012

haluan hidup

salam malam sahabat.

ni la first time aku post dari Sungai Tunoh, Kapit, Sarawak. satu tempat yang tak pernah pon aku imagine sebelum ni. tapi tempat ni best. aman damai, tenang. rase macam tiap2 hari aku camping dalam hutan. haha.

refer pada tajuk, aku memang tak pernah imagine bayangkan ape-ape pon tentang haluan hidup aku sebelum ni. masuk maktab, jadi cikgu, posting sarawak. aku ikut je.

tapi banyak jugak bagusnya merantau tempat orang ni. dapat jumpa orang iban. dapat naik macam2 kenderaan awam. haha.

tapi kedaifan orang kat tempat aku ngajar ni memang menginsafkan. dapat gak aku belajar erti susah. tengok orang susah secara real. kalau sebelum ni cume dengar citer orang je. rumah papan, keje petani, memburu, niaga hasil tanaman. serius kesian. cukup ke makan pakai diorang?

tapi aku? keje cikgu kat sini gaji dah macam engineer. hm... sungguhpun aku bukan mendidik anak bangsa aku sendiri kat sini, tapi aku mendidik manusia. mungkin orang2 kat sini mengharap betul aku ngajar anak2 diorang.

......

aku pon xtau la sebenarnya betapa hardcorenya dok kat sini sebenarnya. pada aku, mungkin oke. tapi pada korang?? pada orang yang tak pernah rase susah??

Friday, February 17, 2012

Surat Dari Kremlin X

Tiba-tiba silau menembusi percantuman bulu mata. Silau yang mengganggu rehat. Silau yang buat rasa tidak selesa. Silau yang menimbulkan rasa kusut. Kusut seperti mendapat surat saman ekor. Kusut seperti dapat bil dari syarikat kad kredit. Kusut seperti segala hal-hal hutang tiba-tiba menjadi banyak. Kusut seperti ini berlainan dengan kusut ketika berdepan dengan seorang manslaughter, tentera Zionis, dan juga bom jangka yang tinggal cuma setengah minit. Kusut hutang lebih mudarat. Super. Super mudarat. Mudarat seperti kamu berdepan dengan Isak Rizkov.

Terkerdip-kerdip mata dibuatnya.

Dilihatnya sekeliling. Mencari apa yang silau betul tadi. Tiada. Tiada apa yang betul-betul buat dia silau. Yang ada cuma lampu-lampu malap.

Dilihatnya lagi sekeliling. Seorang lelaki sedang berdiri di suatu sudut berdekatan pintu. Sosok yang tidak berapa jelas dalam suasana macam itu. Lelaki itu tidak mengendahkannya.

Dia tunduk sekejap. Kemudian menggosok-gosok mukanya mengguna tapak tangan. Kemudian mengubah pandangannya ke depan semula.

"Cilaka!", kemudian dia bercakap sendiri. Lebih kepada cilaka kepada keadaan yang berlaku terhadapnya.

Dia bangun dari tempat duduk. Dari tempat duduk yang boleh dilipat.

Dia cuba mengingat kembali apa yang berlaku sebelum ini.

Kali terakhir dia melihat Bogdan di kawasan jambatan. Selepas itu dia tidak tahu apa-apa lagi. Semuanya gelap lepas bahagian peristiwa itu. Dia cuba mengingat lebih detail.

"Kamon!! ingat!!", dia masih bercakap berseorangan sambil memukul-mukul kepalanya sendiri. Masih dalam kawasan lingkungan tempat duduknya tadi, tidak bergerak kemana pun. Namun dari gayanya, memang macam tak dapat ingat apa-apa mengenai hal yang dia mahu ingat.

Yang lelaki dekat pintu itu masih macam begitu.

Dia yang bercakap sendirian tadi mula melangkah keluar dari kelompok kerusi-kerusi lipat automatik itu. Pelan-pelan menuruni tangga. Dan menuju ke arah pintu.

*       *       *

The Fairies. Sebelum cerita ini lebih melarat, nama The Fairies perlu diperkenalkan. Walaupun The Fairies bukan punca untuk kesemua peristiwa berlaku, tapi kaitan dengan The Fairies tetap ada.

The Fairies adalah perkumpulan tiga orang sahabat. Tiga orang sahabat yang bekerja untuk Isak Rizkov. Dan Isak Rizkov pula merupakan nama yang kamu mungkin tidak kenali. Tapi bagi orang-orang yang hendak berjaya terus hidup di bandar macam ini, kad nama Isak Rizkov tidak mungkin dibuang macam begitu sahaja.


KALAU BERANI SAMBUNG

Sunday, February 12, 2012

Ini Malam Aku Sepi

ni Malam Aku Sepi


biarkan malam ini terus sunyi
berseorangan dalam ruang infiniti sendiri
jangan cuba menyalak memanggil aku kembali
bersama kolumni yang gemar menuding jari
bukan aku menyombong diri
aku letih untuk seketika ini
bukan kerana aku mengalah atau sudah mati
cuma aku perlukan masa ini
yakni malam ini untuk aku berhenti sebentar menikmati titis-titis hujan sang Murabbi

malam ini aku sepi
sendiri
kosong dalam ruang dimensi
tiada rasa tiada graviti
hanya terapung bersama imaginasi
menyemat kembali memori
yang telah lama menyepi
lari dari realiti fantasi

saat ini aku berdigniti
dalam ruang jirim gelap sendiri
berputar laju bersama orbit mengelilingi galaksi

ruang ini sudah lama ku miliki
sejak aku diizinkan hadir atas muka bumi ini
ruang ini terlalu banyak mengajar erti
mengenal empunya jusuk tubuh ini
walau aku belum lagi mengerti
aku bersumpah akan terus menggali
mencari identiti sendiri.


ketam

Thursday, February 9, 2012

Bekal

lepas doa gua terus bangun dan mengarahkan kaki berjalan dengan tertib ke arah pintu keluar surau.

gua perati sorang sorang. yang berjubah ada yang berbaju tshirt pun ada. 

masing masing sibuk solat sunat. bekal masing masing.

yang tengah solat siap dok perati gua atas bawah pun ada. peda'ah. gua buat dek.

gua terus jalan nak ke tempat selipar.

"tak sampai. nak amik air tak sampai", jelas budak kecik area umur dalam 4 tahun.

gua toleh takut takut dia cakap ke orang lain tapi gua yang perasan. takde.

"cukup?", tanya gua sambil tunjuk paras air dalam gelas. dia angguk.

"cakap apa?"

"mmkasih", terus teguk air sampai tak nyempat duduk.


Monday, February 6, 2012

Pujangga Lama

Manusia memang ajaib.

ok dah itu je.


saatnya II


aku cuma ingin duduk,

sambil memeluk puisi,

kalau panas biarkan lentur,

kalau sejuk biarkan beku,

kerana apapun,

itu puisi aku.

kau siapa?