Friday, February 17, 2012

Surat Dari Kremlin X

Tiba-tiba silau menembusi percantuman bulu mata. Silau yang mengganggu rehat. Silau yang buat rasa tidak selesa. Silau yang menimbulkan rasa kusut. Kusut seperti mendapat surat saman ekor. Kusut seperti dapat bil dari syarikat kad kredit. Kusut seperti segala hal-hal hutang tiba-tiba menjadi banyak. Kusut seperti ini berlainan dengan kusut ketika berdepan dengan seorang manslaughter, tentera Zionis, dan juga bom jangka yang tinggal cuma setengah minit. Kusut hutang lebih mudarat. Super. Super mudarat. Mudarat seperti kamu berdepan dengan Isak Rizkov.

Terkerdip-kerdip mata dibuatnya.

Dilihatnya sekeliling. Mencari apa yang silau betul tadi. Tiada. Tiada apa yang betul-betul buat dia silau. Yang ada cuma lampu-lampu malap.

Dilihatnya lagi sekeliling. Seorang lelaki sedang berdiri di suatu sudut berdekatan pintu. Sosok yang tidak berapa jelas dalam suasana macam itu. Lelaki itu tidak mengendahkannya.

Dia tunduk sekejap. Kemudian menggosok-gosok mukanya mengguna tapak tangan. Kemudian mengubah pandangannya ke depan semula.

"Cilaka!", kemudian dia bercakap sendiri. Lebih kepada cilaka kepada keadaan yang berlaku terhadapnya.

Dia bangun dari tempat duduk. Dari tempat duduk yang boleh dilipat.

Dia cuba mengingat kembali apa yang berlaku sebelum ini.

Kali terakhir dia melihat Bogdan di kawasan jambatan. Selepas itu dia tidak tahu apa-apa lagi. Semuanya gelap lepas bahagian peristiwa itu. Dia cuba mengingat lebih detail.

"Kamon!! ingat!!", dia masih bercakap berseorangan sambil memukul-mukul kepalanya sendiri. Masih dalam kawasan lingkungan tempat duduknya tadi, tidak bergerak kemana pun. Namun dari gayanya, memang macam tak dapat ingat apa-apa mengenai hal yang dia mahu ingat.

Yang lelaki dekat pintu itu masih macam begitu.

Dia yang bercakap sendirian tadi mula melangkah keluar dari kelompok kerusi-kerusi lipat automatik itu. Pelan-pelan menuruni tangga. Dan menuju ke arah pintu.

*       *       *

The Fairies. Sebelum cerita ini lebih melarat, nama The Fairies perlu diperkenalkan. Walaupun The Fairies bukan punca untuk kesemua peristiwa berlaku, tapi kaitan dengan The Fairies tetap ada.

The Fairies adalah perkumpulan tiga orang sahabat. Tiga orang sahabat yang bekerja untuk Isak Rizkov. Dan Isak Rizkov pula merupakan nama yang kamu mungkin tidak kenali. Tapi bagi orang-orang yang hendak berjaya terus hidup di bandar macam ini, kad nama Isak Rizkov tidak mungkin dibuang macam begitu sahaja.


KALAU BERANI SAMBUNG

1 comment:

tulis elok elok. elok dari gua tak lempang terus gua lempang. kang naya.