Tuesday, December 11, 2012

pikiran.

masa aku tulis ni, aku pun tak ingat bila last aku tulis kat sini. rase macam segan lak jadi tuan rumah yang tak balik rumah sendiri.

entah macam mana aku tiba-tiba boleh terpikir lak pasal cita atau cita-cita ni. aku pernah dengar ustaz mana entah bagitau, kalau nak nasihat budak biar la mase emosinya tengah teransang. (peh nak mengingat perkataan 'teransang' ni pun aku amik setengah minit). emosi budak-budak teransang bila lepas kena marah, masa nangis, mase gembira. kalau nasihat time ni, dengan izinNya nasihat kita akan sampai kat budak tu.

tapi bukan pasal budak yang aku nak cerita sekarang. tapi pasal orang tua. orang tua pun bila emosi teransang, kadang-kadang leh tercetus ilham yang orang pandai pun susah nak terangkan, lagikan orang tak berapa pandai cam aku ni.

bila banyak sangat pikir kadang-kadang leh jadi bodo gak. sebab kalau ade masalah baru kita nak pikir, tapi yang boleh wat jadi bodoh tu bila masalah tak selesai.

lepas aku baca satu puisi sorang pengkarya ni, baru la aku dapat faham ape yang ade dalam otak aku ni. ia lebih kurang soal cita dan cita-cita gak. ade orang cita-cita nak jadi pensyarah, ade nak jadi artis, ade nak jadi.........( kau sebut cita-cita kau). same gak macam mempunyai cita/kehendak. nak travel satu dunia, nak buat filem, nak kawin macam-macam lagi la.

sape-sape yang dah ade cita dan cita-cita ni, aku doakan korang sume dapat capai ape yang korang nak. mintak ngan Al-Wahab, sebab Dia je yang mampu bagi. usaha. amin.

tapi aku yang dah lama gak la hidup, tapi rasanya aku masih tau apa cita-cita yang aku target betul-betul dalam hidup ni. satu je yang confirm, aku nak pergi naik haji. tapi yang lain-lain aku macam masih duduk fikir je.

kalau ada sesape yang bace tulisan ni, doakan la aku agar aku dapat satu cita-cita, dan aku dapat capai cita-cita tu. mungkin aku takut nak bercita-cita sebab aku takut cita-cita aku tak tercapai pastu kecewa. penakut betul. doakan la aku agar aku tak takut lagi.



...antara memilih dan dipilih, yang mana akan kamu pilih...

p.s: kalau nak tau mane aku dapat ayat atas ni, tanya anep. dia suka membaca.

Monday, December 3, 2012

Surat Dari Kremlin XIV


Langkah-langkah kemas Maria mati apabila terdengar alunan muzik susunan Tchaikovsky yang sebenarnya dimainkan sejak dati tadi. Maria kira itu cuma muzik dalam kepalanya, rupanya alunan itu datang dari luar dari tubuhnya. Maria memerhari sekeliling. Muzik semakin rancak. Semakin menaik. Namun 'dewan' itu gelap, cahaya hanya bertumpu pada Maria membuat Maria tidak awas pada sekelilingnya. Gemaan muzik pula mengganggu kepekaan derianya untuk mengesan kebahayaan.

SWOOSH!
KELETAK! KELETAK! KELETAK! KELETAK!

Maria terdengar gerakan sesuatu yang seaakan bunyi larian manusia memakai kasut kemasan tapak kayu serta memakai kot yang agak berat dan panjang.

Suasana yang tadi gilang gemilang untuk Maria tiba-tiba menjadi cemas. Maria ke 'dewan' ini bersendirian untuk melarikan diri daripada gangguan apa sahaja jenis makhluk yang wujud di persekitaran alam ini. Dia mahu bersendiri yang sangat sendiri. Tapi kali ini dia bukan sendiri. Walaupun padanya mustahil untuk ada yang lain masuk ke 'dewan' ini, tapi perkara mustahil tak mustahil itu baik ditolak ke tepi dahulu buat masa sekarang ini.


*      *      *

Petros, penjual barang. Segala barang. Petros adalah orangnya apabila kau mahukan sesuatu yang tidak pernah dijual di bandar ini. Sesuatu barang yang tidak pernah melepasi kastam, apabila berhadapan dengan Petros, barang tersebut sudah ada di bandar ini. Petros juga dikenali sebagai 'Petros The Hat-Trick'. Pukul 8 hari ini kau jumpa Petros mahukan Mountain Eagle beserta scope keluaran syarikat Barska, dia akan kata, "Saya akan cuba dapatkan sekiranya Tuhan membenarkan" tanpa mengambil deposit.

Pada pukul 11 pagi hari yang sama, Petros akan menelefon kau menggunakan telefon awam memberitahu, "Tuhan membenarkan aku pada hari ini".

Petros belum pernah menghampakan mana-mana pihak setakat ini.




KALAU BERANI SAMBUNG

Sunday, December 2, 2012

Nak Bikin Filem

cakap cakap nak bikin filem ni memang senang. ye la setakat cakap. dan biasanya manusia akan mula buat kerja bila terdesak. macam gua buat filem haritu dengan Pert. aku rasa kerja buat filem yang tu antara yang gila jugak. sebab setakat ni orang buat paling cepat satu shortfilm dalam masa 48jam (jenis macam KL48hour la) dan kitorang buat dalam jangkamasa 36jam. memang kepalahotak.

jadi,

gua ada tengok satu film ni. dan inspire gua untuk buat another issue tentang masyarakat dan individu. gua rasa, filem jenis macam ni sepatutnya ada lagi banyak dari filem ahmad idham. 

nah,


p/s : jaga jagaaaa aaa aa a *fade