Tuesday, December 11, 2012

pikiran.

masa aku tulis ni, aku pun tak ingat bila last aku tulis kat sini. rase macam segan lak jadi tuan rumah yang tak balik rumah sendiri.

entah macam mana aku tiba-tiba boleh terpikir lak pasal cita atau cita-cita ni. aku pernah dengar ustaz mana entah bagitau, kalau nak nasihat budak biar la mase emosinya tengah teransang. (peh nak mengingat perkataan 'teransang' ni pun aku amik setengah minit). emosi budak-budak teransang bila lepas kena marah, masa nangis, mase gembira. kalau nasihat time ni, dengan izinNya nasihat kita akan sampai kat budak tu.

tapi bukan pasal budak yang aku nak cerita sekarang. tapi pasal orang tua. orang tua pun bila emosi teransang, kadang-kadang leh tercetus ilham yang orang pandai pun susah nak terangkan, lagikan orang tak berapa pandai cam aku ni.

bila banyak sangat pikir kadang-kadang leh jadi bodo gak. sebab kalau ade masalah baru kita nak pikir, tapi yang boleh wat jadi bodoh tu bila masalah tak selesai.

lepas aku baca satu puisi sorang pengkarya ni, baru la aku dapat faham ape yang ade dalam otak aku ni. ia lebih kurang soal cita dan cita-cita gak. ade orang cita-cita nak jadi pensyarah, ade nak jadi artis, ade nak jadi.........( kau sebut cita-cita kau). same gak macam mempunyai cita/kehendak. nak travel satu dunia, nak buat filem, nak kawin macam-macam lagi la.

sape-sape yang dah ade cita dan cita-cita ni, aku doakan korang sume dapat capai ape yang korang nak. mintak ngan Al-Wahab, sebab Dia je yang mampu bagi. usaha. amin.

tapi aku yang dah lama gak la hidup, tapi rasanya aku masih tau apa cita-cita yang aku target betul-betul dalam hidup ni. satu je yang confirm, aku nak pergi naik haji. tapi yang lain-lain aku macam masih duduk fikir je.

kalau ada sesape yang bace tulisan ni, doakan la aku agar aku dapat satu cita-cita, dan aku dapat capai cita-cita tu. mungkin aku takut nak bercita-cita sebab aku takut cita-cita aku tak tercapai pastu kecewa. penakut betul. doakan la aku agar aku tak takut lagi.



...antara memilih dan dipilih, yang mana akan kamu pilih...

p.s: kalau nak tau mane aku dapat ayat atas ni, tanya anep. dia suka membaca.

Monday, December 3, 2012

Surat Dari Kremlin XIV


Langkah-langkah kemas Maria mati apabila terdengar alunan muzik susunan Tchaikovsky yang sebenarnya dimainkan sejak dati tadi. Maria kira itu cuma muzik dalam kepalanya, rupanya alunan itu datang dari luar dari tubuhnya. Maria memerhari sekeliling. Muzik semakin rancak. Semakin menaik. Namun 'dewan' itu gelap, cahaya hanya bertumpu pada Maria membuat Maria tidak awas pada sekelilingnya. Gemaan muzik pula mengganggu kepekaan derianya untuk mengesan kebahayaan.

SWOOSH!
KELETAK! KELETAK! KELETAK! KELETAK!

Maria terdengar gerakan sesuatu yang seaakan bunyi larian manusia memakai kasut kemasan tapak kayu serta memakai kot yang agak berat dan panjang.

Suasana yang tadi gilang gemilang untuk Maria tiba-tiba menjadi cemas. Maria ke 'dewan' ini bersendirian untuk melarikan diri daripada gangguan apa sahaja jenis makhluk yang wujud di persekitaran alam ini. Dia mahu bersendiri yang sangat sendiri. Tapi kali ini dia bukan sendiri. Walaupun padanya mustahil untuk ada yang lain masuk ke 'dewan' ini, tapi perkara mustahil tak mustahil itu baik ditolak ke tepi dahulu buat masa sekarang ini.


*      *      *

Petros, penjual barang. Segala barang. Petros adalah orangnya apabila kau mahukan sesuatu yang tidak pernah dijual di bandar ini. Sesuatu barang yang tidak pernah melepasi kastam, apabila berhadapan dengan Petros, barang tersebut sudah ada di bandar ini. Petros juga dikenali sebagai 'Petros The Hat-Trick'. Pukul 8 hari ini kau jumpa Petros mahukan Mountain Eagle beserta scope keluaran syarikat Barska, dia akan kata, "Saya akan cuba dapatkan sekiranya Tuhan membenarkan" tanpa mengambil deposit.

Pada pukul 11 pagi hari yang sama, Petros akan menelefon kau menggunakan telefon awam memberitahu, "Tuhan membenarkan aku pada hari ini".

Petros belum pernah menghampakan mana-mana pihak setakat ini.




KALAU BERANI SAMBUNG

Sunday, December 2, 2012

Nak Bikin Filem

cakap cakap nak bikin filem ni memang senang. ye la setakat cakap. dan biasanya manusia akan mula buat kerja bila terdesak. macam gua buat filem haritu dengan Pert. aku rasa kerja buat filem yang tu antara yang gila jugak. sebab setakat ni orang buat paling cepat satu shortfilm dalam masa 48jam (jenis macam KL48hour la) dan kitorang buat dalam jangkamasa 36jam. memang kepalahotak.

jadi,

gua ada tengok satu film ni. dan inspire gua untuk buat another issue tentang masyarakat dan individu. gua rasa, filem jenis macam ni sepatutnya ada lagi banyak dari filem ahmad idham. 

nah,


p/s : jaga jagaaaa aaa aa a *fade

Wednesday, November 28, 2012

Nye Nye Nye

Gua rasa tonggeng ni macam dah tak boleh go. Macam tim bola malaysia dah aku tengok.

Silap-silap lawan indon, indon ajak main seri je. kakakakaka.


lepas tu berputih mata la macam cina buta tengok bini kena main. kakakaka

"Woi, kau dah kenapa cakap macam orang hilang akal?"

"pegi la mampus... nyenyenyenyenyenye."





p/s: 
nyenyenyenyenyenye
nyenyenyenyenyenye
nyenyenyenyenyenye
nyenyenyenyenyenye
nyenyenyenyenyenye

annoying gila babi. kakakaka

Wednesday, September 19, 2012

Illuminati

"Modal mana nak dapat?"


"Najib"


"Errr"


"Najib orang illuminati"


"Oh, ok"


Senyum.



p/s: banyak lagi hal bermasalah ni. Gua nak tak nak kena daftar masuk jadi kapitalis.

Friday, August 3, 2012

binatang

binatang paling popular : babi.

betul ka? gua tanya lu orang. betul ka?

contoh:

"babi!"
"macam gila babi"
"babi btul la lu orang"
"cikgu, dia kata b. a. b. i."

ini semua contoh orang buat jahat.

tara yang buat baik pun kena babi dengan orang yang perangai macam babi.

"babi btulah anak si dol tu. nak tunjuk baik memanjang"

lu orang?

Wednesday, July 25, 2012

macam haram!

gua tonton tv. kasi tahu pasal malaysia lawan bola sama arsenal.

gua tengok bila malaysia jaringkan gol, lu orang sama sama sorak.
gua tengok masa arsenal jaringkan gol, celaka lu orang pun sama sama sorak.

macam haram.

tengok gua, malaysian gol ka, arsenal gol ka, gua stedy.

Wednesday, July 18, 2012

erm..macam ini la..

cuba gua post

"hari ini gua tak makan"

berapa banyak lu orang nak komen? 

cuba kalau orang dah banyak lu orang lu orang kenal post

"hari ini gua tak makan"

berapa banyak banyak banyak  pulak yang lu orang ada komen? 

DISKRIMINASI!!! HAHAHAHAHAHAHAAHHA!!!!

Sunday, July 8, 2012

obor

nape bila temasya sukan besar besar saja ada obor api.

nape kita pun ngikut?

hmmmm...

Sunday, July 1, 2012

binatang!

asal manusia ni kadang kadang memang tak pandai?

bila masa orang buang anak, manusia kata perangai macam binatang.

bila masa ada orang perangai kasar kasar, manusia kata perangai macam binatang.

eh! binatang ada akal ka macam manusia? ke manusia saja yang ada otak.
dah memang fitrah bintang seperti itu.

tapi setakat ini, tak pernah pulak gua lihat binatang buang anak.

hmmmmmmmmm...

Friday, June 15, 2012

bohong

gua tak tau la kalau isu ni sudah dipersoalkan di sini. tapi gua ada tahu satu pembohongan yang perlu gua bagi tahu. kalau lu orang tengok berita, banyak mana betul ceritanya? tu baru berita yang ada dalam kaca televisyen.

tapi gau tak boleh belah satu benda, kalau baca surat khabar, satu saja betul.

keputusan nombor ekor!

mengong!
~ahaks~

Wednesday, June 13, 2012

MENGONG

gua dah lupa la gaya penulisan gua kat sini..hahahaha..
kasi lain punya boleh ka?

~ahaks~

Tuesday, May 29, 2012

Surat dari Kremlin XIII

"bukan saya yang buat! bukan saya!" jerit Grigorii sambil menangis.

"buto kau la! kalau bukan kau siapa lagi? son of a bitch!" amuk Zarkashi sambil menekan muncung Desert Eagle ke dahi Grigorii yang baru barusia tujuh tahun setengah.

Grigorii menggeletar separuh mati. kelengkang Grigorii sudah lencun akibat aktiviti pundi kencingnya yang merembeskan cecair yang bersikap najis musta'mal.

"baik kau mengaku! kalau tak, aku dddhuuuuuerrrrrrrr kepala kau!" ugut Zarkashi serius.

"sumpah uncle! sumpah! demi tuhan yang menguasai kerajaan langit dan bumi serta seluruh alam semesta yang tiada bersempadan, saya bersumpah bukan saya yang buattt!" rayu Grigorii lagi tanpa sedar tangan kanannya diangkat paras telinga dan tiga jari disusun rapi bagaikan melaungkan ikrar persetiaan pengakap.

"fucking hell! i don't believe in god you fucking bastard! now i'll just shoot your fucking fuckface!" pekik Zarkashi ke telinga Grigorii sekuat hati dalam bahasa inggeris.

"eat shit and go die!!!" sambung Zarkashi lagi. kali ini dalam bahasa Saufy Nizar.

lima milisaat kemudian kedengaran bunyi tembakan yang sadis berselang dengan laungan azan bersahutan sayup-sayup bergema-gema dibawa angin.

selepas beberapa ketika, suasana menjadi senyap. laungan azan sudah terhenti. masa bagaikan terbeku seketika.

Grigorii bangkit lalu beristinjak.

****

Grigorii tersedar dari mimpi.

"siapa Zarkashi?"

Grigorii bangkit lalu beristinjak.



KALAU BERANI SAMBUNG

Monday, May 28, 2012

Surat Dari Kremlin XII

Tak banyak tanya Pak Hamidun terus duduk dekat kerusi. Kerusi siap dengan set meja berpapan catur serta siap dengan set catur. Set kerusi dan meja catur itu terletak dekat hujung 'padang' bersebelahan dengan garaj. Dengan sambaran lampu tiang, papan catur serta buah-buahnya dapat dilihat jelas. Pak Hamidun tidak bakar rokok, tidak buka jaket, tidak buat benda lain lekas menggerakkan pawn hitam maju selangkah. Lama juga baru tangannya lepas dari kepala pawn itu. Kemudian Pak Hamidun menongkat dagu sekejap mengguna lengan. Menggeleng-geleng kepala sekejap.

wosh.. skrettt.. treettttt.. tett ttett.. ssshhhh...

Sistem radio amatur di dalam garaj tiba-tiba menerima gelombang pada frekuensi AM 5.03 kilohertz.

wosh.. skrettt.. treettttt.. tett ttett.. ssshhhh... 

Bunyi tadi kembali lagi. Datang dari radio penerima di dalam garaj. Pak Hamidun yang sedang menongkat dagu tadi bangun dan masuk ke garaj.


*      *      *


Maria sedang menari. Sendiri. Dengan tangan kanannya memegang sebotol soya-milo Maria terus menari. Dalam 'dewan' itu sahajalah yang boleh menerima Maria.







KALAU BERANI SAMBUNG



Tuesday, May 15, 2012

Buat hal di Israel

Gua tengok benda ni sunyi betul.
Jadi untuk tidak sunyi apa kata kita buat hal sedikit.















































Ahaks


p/s: Baru gua tahu ada mogok lapar. Aku tak tahu sangat asal usul mogok lapar. tapi pada aku baik makan untuk tubuh kuat. Kuat nak bergasak dengan orang zionis ni.


Besok aku nak astral pergi israel. Nak tengok sendiri apa jadi.


Kalau dapat buat hal, aku buat hal sedikit.

Sunday, May 6, 2012

ini adalah kepala hotak.


sedap sial tulis stail pendek-pendek.



p/s: time tengah ade idea nak nulis, time tu la tenet takde.

Thursday, March 8, 2012

butohlah,kedukaan itu untuk siapa sebenarnya?

Helios pulang dari sekolah agama petang. gantung beg sandang bertanda L pada pintu bilik. Helios tenung matahari terbenam dari tetingkap biliknya yang sederhana besar. Helios memerhati pelan pelan dia turun. sikit sikit. Helios masih di depan tingkap biliknya yang kini telah dikuak luas, membiarkan cahaya terakhir matahari petang itu untuk berada bersamanya buat beberapa ketika. Sementara masih ada ini harus dibiar meliar begitu saja. Detik hati Helios ketika menguak tetingkap biliknya dengan luas walaupun bukaan tetingkap itu secara tak langsung juga akan menjemput kehadiran nyamuk nyamuk liar dari tempat longgokan sampah. namun dia tak juga hirau. Apa yang diharap Helios cuma cahaya itu. Dia tak ingin ketinggalan untuk bersama cahaya itu. Dia boleh rasakan sesuatu yang hanya dia dan cahaya itu saja yang tahu.

bersambung...

Wednesday, February 22, 2012

PENDEK

ini adalah kepala hotak.



p/s: kah kah kah.. sedap sial tulis setail pendek-pendek.

Sunday, February 19, 2012

perkaitan deria dan ilmu

deria manusia ada tiga

hati
akal
pelir

ilmu yang baik adalah orgasme kepada ketiga tiga deria

Surat Dari Kremlin XI

"sial",

Grigorii terjaga dari tidur yang tak seberapa. barangkali mimpi terlalu celaka untuk dibicara menjadi wadah seni pujangga berpeleseran. mimpi dia hanya berlegar pada takah picisan dan tak lebih. entah kenapa tak juga diketahui. cigar buatan tangan Vitoila Montecristo Laguito No 3 terpadam sudah. entah siapa yang memadam tak juga diketahui.

sepit kuku dikeluar dari sisip celah tilam. pisau dari sepit kuku ditarik keluar lalu ditarah pelan pada dinding konkrit berlumut hitam. garis garis numeral roman dicatit pada dinding.

"XCIII"

"syaitan, barangkali manusia sedang lupa pada mata ketiga" bentak Grigorii sendiri. ketap bibir.

"apabenda mata ketiga setan?",  Toby yang dari tadi sibuk membakar dapur ganja menyampuk.

Grigorii tak melayan. pergi sinki, basuh muka. tanggal baju dan menampak susuk tubuh batik parut bercampur tatu.

cutter jenis Guillotine diacu pada dada katang Grigorii. tepat pada hati. ada satu tatu bentuk alis dan biji mata.

*kechipp


KALAU BERANI SAMBUNG

Saturday, February 18, 2012

haluan hidup

salam malam sahabat.

ni la first time aku post dari Sungai Tunoh, Kapit, Sarawak. satu tempat yang tak pernah pon aku imagine sebelum ni. tapi tempat ni best. aman damai, tenang. rase macam tiap2 hari aku camping dalam hutan. haha.

refer pada tajuk, aku memang tak pernah imagine bayangkan ape-ape pon tentang haluan hidup aku sebelum ni. masuk maktab, jadi cikgu, posting sarawak. aku ikut je.

tapi banyak jugak bagusnya merantau tempat orang ni. dapat jumpa orang iban. dapat naik macam2 kenderaan awam. haha.

tapi kedaifan orang kat tempat aku ngajar ni memang menginsafkan. dapat gak aku belajar erti susah. tengok orang susah secara real. kalau sebelum ni cume dengar citer orang je. rumah papan, keje petani, memburu, niaga hasil tanaman. serius kesian. cukup ke makan pakai diorang?

tapi aku? keje cikgu kat sini gaji dah macam engineer. hm... sungguhpun aku bukan mendidik anak bangsa aku sendiri kat sini, tapi aku mendidik manusia. mungkin orang2 kat sini mengharap betul aku ngajar anak2 diorang.

......

aku pon xtau la sebenarnya betapa hardcorenya dok kat sini sebenarnya. pada aku, mungkin oke. tapi pada korang?? pada orang yang tak pernah rase susah??

Friday, February 17, 2012

Surat Dari Kremlin X

Tiba-tiba silau menembusi percantuman bulu mata. Silau yang mengganggu rehat. Silau yang buat rasa tidak selesa. Silau yang menimbulkan rasa kusut. Kusut seperti mendapat surat saman ekor. Kusut seperti dapat bil dari syarikat kad kredit. Kusut seperti segala hal-hal hutang tiba-tiba menjadi banyak. Kusut seperti ini berlainan dengan kusut ketika berdepan dengan seorang manslaughter, tentera Zionis, dan juga bom jangka yang tinggal cuma setengah minit. Kusut hutang lebih mudarat. Super. Super mudarat. Mudarat seperti kamu berdepan dengan Isak Rizkov.

Terkerdip-kerdip mata dibuatnya.

Dilihatnya sekeliling. Mencari apa yang silau betul tadi. Tiada. Tiada apa yang betul-betul buat dia silau. Yang ada cuma lampu-lampu malap.

Dilihatnya lagi sekeliling. Seorang lelaki sedang berdiri di suatu sudut berdekatan pintu. Sosok yang tidak berapa jelas dalam suasana macam itu. Lelaki itu tidak mengendahkannya.

Dia tunduk sekejap. Kemudian menggosok-gosok mukanya mengguna tapak tangan. Kemudian mengubah pandangannya ke depan semula.

"Cilaka!", kemudian dia bercakap sendiri. Lebih kepada cilaka kepada keadaan yang berlaku terhadapnya.

Dia bangun dari tempat duduk. Dari tempat duduk yang boleh dilipat.

Dia cuba mengingat kembali apa yang berlaku sebelum ini.

Kali terakhir dia melihat Bogdan di kawasan jambatan. Selepas itu dia tidak tahu apa-apa lagi. Semuanya gelap lepas bahagian peristiwa itu. Dia cuba mengingat lebih detail.

"Kamon!! ingat!!", dia masih bercakap berseorangan sambil memukul-mukul kepalanya sendiri. Masih dalam kawasan lingkungan tempat duduknya tadi, tidak bergerak kemana pun. Namun dari gayanya, memang macam tak dapat ingat apa-apa mengenai hal yang dia mahu ingat.

Yang lelaki dekat pintu itu masih macam begitu.

Dia yang bercakap sendirian tadi mula melangkah keluar dari kelompok kerusi-kerusi lipat automatik itu. Pelan-pelan menuruni tangga. Dan menuju ke arah pintu.

*       *       *

The Fairies. Sebelum cerita ini lebih melarat, nama The Fairies perlu diperkenalkan. Walaupun The Fairies bukan punca untuk kesemua peristiwa berlaku, tapi kaitan dengan The Fairies tetap ada.

The Fairies adalah perkumpulan tiga orang sahabat. Tiga orang sahabat yang bekerja untuk Isak Rizkov. Dan Isak Rizkov pula merupakan nama yang kamu mungkin tidak kenali. Tapi bagi orang-orang yang hendak berjaya terus hidup di bandar macam ini, kad nama Isak Rizkov tidak mungkin dibuang macam begitu sahaja.


KALAU BERANI SAMBUNG

Sunday, February 12, 2012

Ini Malam Aku Sepi

ni Malam Aku Sepi


biarkan malam ini terus sunyi
berseorangan dalam ruang infiniti sendiri
jangan cuba menyalak memanggil aku kembali
bersama kolumni yang gemar menuding jari
bukan aku menyombong diri
aku letih untuk seketika ini
bukan kerana aku mengalah atau sudah mati
cuma aku perlukan masa ini
yakni malam ini untuk aku berhenti sebentar menikmati titis-titis hujan sang Murabbi

malam ini aku sepi
sendiri
kosong dalam ruang dimensi
tiada rasa tiada graviti
hanya terapung bersama imaginasi
menyemat kembali memori
yang telah lama menyepi
lari dari realiti fantasi

saat ini aku berdigniti
dalam ruang jirim gelap sendiri
berputar laju bersama orbit mengelilingi galaksi

ruang ini sudah lama ku miliki
sejak aku diizinkan hadir atas muka bumi ini
ruang ini terlalu banyak mengajar erti
mengenal empunya jusuk tubuh ini
walau aku belum lagi mengerti
aku bersumpah akan terus menggali
mencari identiti sendiri.


ketam

Thursday, February 9, 2012

Bekal

lepas doa gua terus bangun dan mengarahkan kaki berjalan dengan tertib ke arah pintu keluar surau.

gua perati sorang sorang. yang berjubah ada yang berbaju tshirt pun ada. 

masing masing sibuk solat sunat. bekal masing masing.

yang tengah solat siap dok perati gua atas bawah pun ada. peda'ah. gua buat dek.

gua terus jalan nak ke tempat selipar.

"tak sampai. nak amik air tak sampai", jelas budak kecik area umur dalam 4 tahun.

gua toleh takut takut dia cakap ke orang lain tapi gua yang perasan. takde.

"cukup?", tanya gua sambil tunjuk paras air dalam gelas. dia angguk.

"cakap apa?"

"mmkasih", terus teguk air sampai tak nyempat duduk.


Monday, February 6, 2012

Pujangga Lama

Manusia memang ajaib.

ok dah itu je.


saatnya II


aku cuma ingin duduk,

sambil memeluk puisi,

kalau panas biarkan lentur,

kalau sejuk biarkan beku,

kerana apapun,

itu puisi aku.

kau siapa?

Monday, January 30, 2012

Thursday, January 12, 2012

perihal keje gomen.

mungkin ni tulisan terakhir gua sebelum jadi orang bumi kenyalang.
pasni mungkin lame sikit la gua nak update lagi kat sini. melainkan kalau ade sambungan tenet kat sana.

...

"relak ar, malaysia gak. kan best dapat pegi sane"
"hahaha.. padan muke. aku dapat balik kampung"
"hehe. best la. gaji banyak, leh kumpul duit pastu kawen."

ni la antara jawapan2 dari kaum kerabat dan juga rakan sepertentangan bila dapat tau perkhabaran gembira dari gua.
kononnya sebagai nasihat. mungkin gua dapat la terima sikit2.

tapi cube bayangkan kalau lu orang yang dapat sendiri.
orang cakap ape2 pon kat lu orang, mesti lu orang akan wat 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri' je.

...

p.s: gua tengok kawan gua macam dah ilang pedoman jap mase mula2 dapat tau benda ni.

Wednesday, January 11, 2012

surat dari isim


Bagi aku cantik itu terlalu subjektif; sesuatu norma yang abstrak. Sebenarnya kau tak boleh kata dia itu cantik, dia cantik bila kau tak boleh nak cerita yang dia tu memang betul-betul cantik. Kau faham?

Betul, mengimpikan sesuatu yang payah nak ada tu memang azab. Tapi memang itu sifat manusia. Aku rasa semua macam tu. Tak kira kau lelaki atau perempuan. Tapi aku percaya tuhan tanam sifat macam itu untuk keseimbangan perjalanan manusia atas Dia punya galaksi. Serupalah masa kau belajar subjek akhlak di sekolah, sifat mahmudah dan sifat mazmumah.

Semua benda yang wujud dalam dunia memang tuhan berahsia. Dia hanya bagi ‘hint’ dengan al-Quran untuk manusia.; panduan.

Cinta ni bagi aku serupa hari kiamat. Memang rahsia. Tuhan tak bagitahu bila jadi. Dengar dengar berlaku pada 2012. Tapi kita siapa nak predict? Bahaya sebab boleh timbul unsur syirik. Aku nak tekankan cinta itu tiada pendefinisian yang tepat. Aku percaya memang takda. *dari aku kecik sampai beso aku cakap cinta tu “love’’ bentuk hati warna merah* kahkah.

Tuesday, January 10, 2012

Surat Dari Kremlin IX

Bogdan telah pun melangkah jauh meninggalkan Grigorii sendirian. Di hadapannya kini tersergam megah bangunan-bangunan hasil ketamakan kapitalis tumbuh melata seperti cendawan selepas hujan. Masing-masing dalam keadaan ereksi menembus langit bagaikan sedang menahan gelodak syahwat menghadap tubuh telanjang bidadari syurga.

"Ah, kapitalis sial.." Bogdan menghembus keluhan yang berasimilasi dengan bau busuk mulutnya yang sudah lama tidak menjamah 'colgate' perisa pudina.

Hari semakin berevolusi dari siang kepada maghrib kepada malam, hasil dari putaran planet tempat diam Bogdan dan berzillion makhluk lain. Bogdan perlu mencari tempat istirehat. Sudah satu hari suntuk Bogdan berjalan tanpa cita, misi, visi, tujuan, dan destinasi.

Akhirnya sampailah Bogdan di bawah satu jambatan besar tempat penagih-penagih kasih syurga dunia selalu bersantai. Tapi pada hari itu, tiada siapa di situ.

"Lepak sini pun cantik jugek ni," kata Bogdan kepada alter egonya yang sedari tadi setia menuruti setiap tapaknya. Entah kenapa alter egonya begitu setia hari itu bukanlah dalam jangkauan ilmu pengetahuan Bogdan.

Bogdan bersandar di salah satu tiang konkrit jambatan itu. Matanya memandang langit yang penuh bintang berserakan. Ada yang berkelip, ada yang tidak.

"Ah.. Kosmos.." bisik Bogdan kepada alter egonya, namun sahabat imaginasinya itu tidak lagi kelihatan.

Bogdan terus-terusan merenung kosmos tanpa jemu. Sampai satu ketika, matanya langsung tidak berkelip menikmati keinfinitian alam kosmos penuh rahsia itu. Tiba-tiba menjalar satu perasaan euforia deras mengalir ke seluruh tubuh Bogdan merentasi salur-salur darah serta neuron sarafnya. Semakin lama semakin laju sehingga mencapai kelajuan bunyi.

Bogdan menangis.


KALAU BERANI SAMBUNG

Monday, January 9, 2012

tampar

aku dah lupa la bagaimana corak penulisan yang selalu aku luahkan. ada sesiapa mahu tunjuk?

kalau setiap pagi tampar pipi 60 budak, mesti yang sakit lagi tangan yang menampar tu.


dulu dulu lagi ELITE ke tamparan wanita?

Surat Dari Kremlin VIII

bagasi telah kemas dipek. Grigorii memandang sepi pada Bogdan yang tak lama lagi akan pergi dari bilik palang besi. tak, bukan sedih tapi mengenangkan nasib. sebelum Bogdan, telah ada dua yang lain kesemua mereka sekadar bertukar tempat pada tilam peroi dibawah kamar bertingkat yang sudah dikira menjadi 'milik' Grigorii dalam bilik 911 itu.

"kau dah cek semuanya?,"tanya Grigorii buat buat prihatin

"kahkahkahkahkahkah. dah," jawab Bogdan selamba dog

Grigorii jadi malas nak bertanya lagi dengan perangai Bogdan yang dah serupa dog tersebut. barangkali Bogdan dah tak sabar meninggalkan Grigorii. "pergi la mampus," getus hati Grigorii sambil menyarung cutter Guillotine pada Cigar buatan tangan Vitoila Montecristo Laguito No. 3.

"kecak," Grigorii memotong sambil cutter Guillotine terus diletak pada sisi bantal yang berpeta Russia. jelas. peta pada bantalnya memang peta Russia.

derap kaki pengawal boroi separuh abad makin dekat dengan setangkai kunci bilik bernombor 911 pada gelang tangan. Grigorii berbaring. mata dipejam rapat. mancis dinyala,dicumbu. terus, mulut menyedut irama irama dan nyanyian karamah datang dari Cigar buatan tangan Vitoila Montecristo Laguito No. 3.

"Beth...."


KALAU BERANI SAMBUNG

Surat Dari Kremlin VII

Dalam laci itu bersepah objek-objek simpanan Grigorii iaitu sepasang jangka lukis, pembaris fleksibel, picagari, kotak mancis vintaj jenama Club 47, kad matrik Grigorii semasa dia bekerja di kilang gin dan tonik satu masa dulu, beberapa getah pemadam bergambar bendera negara-negara Scandinavia, objek-objek lusuh lain serta beberapa helaian kertas berlipat empat.

Grigorii menarik keluar sehelai kertas berlipat empat yang tertindih dek pemadam-pemadam Scandinavia tadi. Dibuka lipatannya dan mula ditenung.

'Himpunan Doa-doa Harian'.

"Silap," getus Grigorii sendirian seraya melipat kembali kertas itu seperti sediakala, lalu diletak kembali di bawah tindihan pemadam-pemadam Scandinavia, juga seperti sedia kala.

Ditariknya sehelai lagi kertas berlipat empat dari celahan objek-objek random itu. Grigorii membuka lipatan kertas itu dan mengamati tulisan di atas kertas itu. 'Ok, kali ni betul' kata hati Grigorii.

'Revolusi' - kata kertas itu dalam bahasa Hebrew.

Ditenungnya lama-lama tulisan yang sepatah itu. Meremang bulu roma Grogorii seketika. 'Merinding' kata orang Jawa. Hal meremang bulu roma ini datang berkali-kali banyaknya sepanjang-panjang Grigorii merenung kertas itu.

"Peh, sampai meremang-meremang bulu roma aku ni tahan cirit. Ah, layan berak dulu lah.." monolognya.

Grigorii meletakkan kertas itu di atas meja dan ditindih dengan satu kitab berbahasa Bohemian. Grigorii menuju ke tandas dengan bula roma tegak berdiri.

Merinding.




KALAU BERANI SAMBUNG

Surat Dari Kremlin VI

Kalau merokok tu terlalu mainstream untuk scene-scene sendiri dalam bilik. Kali ini Grigorii capai inhaler.

Fuh!

Lega.

"Gelap betul bilik", Grigorii membebel sendiri. Masih di atas pembaringan yang kacau bilau. Semalam Beth menumpang tidur. Grigorii pula keluar minum sendiri. Beth pula tidak tolong kemas sesudah tumpang tidur. Grigorii lagi lah malas.

Fuh! Grigori menghembus lagi, dan terus bangun ke sisi kanan katil. Mencari suis lampu di sebelah pintu yang berhadapan dengan sisi kanan katil dengan jarak lebih kurang tiga langkah. Suis masih lagi pakai suis lama yang warna hitam bentuk bulat.

TIK!

Terang tak terang juga bilik Grigorii.

Dari luar nampak tingkap bilik Grigorii terang sedikit tapi balam-balam dek langsir kain kapas.

Grigorii berundur tiga langkah dan terus  menyembam belakang badanya ke atas pembaringan semula. Kemudian kepalanya diangkat sedikit dan toleh ke arah meja yang siap ada laci terletak di hujung kepala katil sebelah kanan. Di atas meja ada buku nota dan jam meja digital yang mengguna sistem '7-segment display'.

Grigorii tengok jam.

3AM.

Grigori bangkit lagi terus tarik laci.......


KALAU BERANI SAMBUNG


Sunday, January 8, 2012

Persembahan Dunia

Aku bukan dari pihak kiri
Mahupun dari pihak kanan
Kehadiran ku hanya sekadar penonton
Penonton kepada persembahan ragam manusia
Gerak gaya nya
Tutur kata nya
Membawa seribu macam cerita dan makna
Tipu daya
Fitnah
Adalah sebahagian daripada pelarisnya
Aku hanya manusia biasa
Tidak mampu merungkai rahsia disebaliknya
Hanya mampu menunggu saat waktu nya tiba
Hari pengakhiran bagi segala drama-drama dunia....

* The world has already fucked up

Saturday, January 7, 2012

Surat Dari Kremlin V

"He can be caught, he can be killed and forgotten, but 400 years later, an idea can still change the world. I've witnessed first hand the power of ideas, I've seen people kill in the name of them, and die defending them... but you cannot kiss an idea, cannot touch it, or hold it... ideas do not bleed, they do not feel pain, they do not love... And it is not an idea that I miss, it is a man... A man that made me remember the Fifth of November. A man that I will never forget. " evey hammond


ditolak dari atas bangunan
tingginya kurang 6 tingkat dari klcc
tangan digari 
kaki diikat
mulut ditelekup
cuma mampu
meneran
teran
eran
ran
walau angin kuat
peluh kemain lebat
tujahan makin padu
makin lama makin dekat
urat leher kepala semua keluar
air dari punai juga tak lupa untuk keluar
bersama selamanya . . . 
guaketap gigi
pejam mata
senyum nipis
dan kali itu aku benar benar menyerah


"aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaddddddddddddoooooooooihhhh" Bogdan melaung panjang perti azan subuh memecah hening.


KALAU BERANI SAMBUNG

Aktivitas Minggu Hadapan

Wacana Diskopi (Siri-II): Negara dan Representasi Politik -- Apa yang dimaksudkan dengan "Kuasa Rakyat"?
Panelis: Firdaus Zolkifli (aka Mesin Cetak) & Fahmi Reza
Masa: 08:30mlm - 10:30mlm
Tarih: 11 Januari 2012 (Rabu)
Tempat: Distro Buku, UKM Bangi

dan seterusnya


Friday, January 6, 2012

Hal Hal Kemanusiawian

imajin sedang membawa kereta. imajin jalan lurus. imajin berada pada jalan dua lorong dua hala. imajin rasa kereta hadapan lembab. imajin potong kereta. ambil side kanan untuk memotong. imajin ternampak kucing sedang elok bersekedudukan di sebelah bahu kanan jalan. sedang imajin memotong, imajin dikejutkan kereta dari hadapan. tiba tiba deras depan mata. umpama wayang 3D yang tiba tiba keluar timbul gambarnya. dan masa juga berenti.

imajin ada tiga pilihan
himpit kiri dan melanggar kereta mercedes dan membiar puluh ribu ringgit terbang ke langit
himpit ke kanan dan melanggar kucing yang berkhalwat dan tanpa sebarang bayaran
atau
berada pada lorong yang sama dan berserah pada takdir

imajin imajin imajin...

Thursday, January 5, 2012

borak semasa

budak UPSI, abam polis, Amalina, Ustaz Azhar, Vendetta hah, nama apa lagi yang tak keluar lagi ni?

bebudak UPSI,
budak muda darah tengah panas

abam polis,
yang stedi stedi. yang emo boleh berenti.

Amalina,
orang yang bising sangat duk mencarut duk membedok bahan kawan tu kalau dah gua hantor lu pergi luar negara baru lu tahu tergeliat tak tergeliat lu punya stimulasi sensor.

Ustaz Azhar,
this is it. ini jalan menyampaikan kebenaran. siapa siapa yang melalui harus telah tegap bersedia terlebih dahulu.

Vendetta,
kata V "ide tak akan pernah mati." dan aku sedang dahagakan ide. sangat haus.

p/s :gua kalau tak tahu sangat nak berborak dalam mana mana ruang gua pergi sini.

Wednesday, January 4, 2012

surat dari johnny

assalamualaikum.

gua budak baru, johnny yang jemput. harap jangan pukul gua.

sekian.


p/s: gua tak tau nama sebenar johnny. kadang johnny nepp lonsdale, kadang johnny nepp haro, kadang anep, kadang anip, kadang hanif. tapi kepala dia memang macam kepala mancis.

Tuesday, January 3, 2012

pantun azam

anak muda berbalas pantun,
pantun dikarang indah sekali,
apa azam ini tahun,
cuba korang jawab sendiri.

dua tiga bijik jambu batu,
manekan same si buah asam,
bila sampai tahun baru,
semua sibuk nak pasang azam.

sungguh luas lautan biru,
anak ikan di dalam kolam,
cube korang bagitau aku,
ape sebenarnye maksud AZAM?

kalau tuan ingin berjaya,
haruslah berusaha dengan tekun,
berjaya jugak aku akhirnya,
tulis post pertama ini tahun.

ihiks.