Tuesday, December 27, 2011

Dudasa : Dua Forum Dalam Satu Minggu


Forum : Negara Masyarakat dan Moral oleh geng Warung Idea Diskopi
Tarikh : 28 Disember 2011 (Rabu malam)
Waktu : 8.30 malam
Tempat : Distro Buku UKM


dan tengah malam


siapa pergi tak ajak, gua sumpah dia jadi Caesar

Saturday, December 17, 2011

kosong.

kosong.
tiada isi.

habis?
hilang?
kalah?

mudah jika kosong dapat ditafsir
pasukan yang kalah tiada gol
pinggan yang kosong tanpa makanan
data yang kosong hilang kemana

jiwa kosong?
samakah?

p.s: mengarut ape nih?

Friday, December 16, 2011

Surat dari Kremlin IV

sambungan dari Surat Dari Kremlin III

hasil tangan dari penulis tamu tong-geng : Wadi AR

Terbaring sambil melihat darah likat kemain deras keluarnya. Toby melihat brand pedang katana sungguh tajam ibarat kaki helang menyambar mangsa dengan rakus. Kasihan.  Tetapi didalam hati Toby, ligat memikirkan siapakah Grigorii tersebut. *bayangkan darah tengah meleleh lagi mahu fikir secara batin.

Sel-sel neuron kemain mencanak berfikir siapa gerangan Grigorii itu.

Adakah seekor binatang?

Sejenis mahkluk halus buatan alam lain?

Atauu……

“ Ahhhhh! Persetan! Aku tak mahu gangguan dari hidup kau. “

“ Pergi! Pergi! “ hanya hati kalbu bermonolog sendiri.

Toby berawang-awangan memikirkan gelagat Grigorii yang mempunyai gila kuasa tahap skala 8 macam negara ini.

TAPII,

Siapa Grigorii? Toby melelapkan mata semakin perlahan dibuai angin syahdu yang malap.

Fuihhh fiuhhhh fuihhhhh *bunyi angin angkasaroma

KALAU BERANI SAMBUNG

Wednesday, December 14, 2011

Surat Dari Kremlin III

sambungan dari Surat Dari Kremlin II

*ding ding ding

bunyian bersela sesaat berbunyi. sudah 3 pagi. masih lagi di hadapan dataran yang semakin kosong. kalau dari tadinya anak muda berjoget lincah sambil berpuisi dan menyanyi tentang lagu revolusi.

revolusi? apa maknanya? getus dalam hati. sikit berdiskusi. selama ini yang aku dengar hanya laungan reformasi dari pejuang politik. tiba tiba anak muda mendendang revolusi. apa keduanya sama saja atau apa?

ah, persetan. itu semua bukan hal aku. apa aku kesah pasal hal negara kalau aku punya hal juga negara tak pernah ambil kesah? hah? celaka.

"...lalu siapa
lalu siapa
siapa yang mau
menerima
surga yang demand
atau neraka yang pasrah..."

catatan pada secebis kertas jumpa itu cuma aku tenung. mata semakin malas. akal semakin tak waras. mungkin esakan malam dan nyenyak yang tak jumpa selama tiga hari berturut membuatkan begitu.

Toby berbaring dengan hanya berteman cebisan kertas yang seperti telah disoyak. cuma ada serangkap yang itu saja tinggal. Toby cuma harap dia berpikir semula lepas akalnya stabil.

*****
"Grigorii..." suara dari belakang Toby. tak cakap banyak terus pusing tengok. tak semena mena ada sepasukan tentera berkuda putih dan satu kuda hitam bersayap. tiap satu kuda itu lengkap dengan alatan kelengkapan perang bersama tenteranya. derapan laju berlalu depan Toby. mereka seperti berkejar bergegas mencari Grigorii.

siapa Grigorii? getus Toby dalam hati. Toby tak berani cakap banyak. duduk senyap dalam semak.

"Woi!" suara keras dari sisi kanan Toby tiba dengan pedang yang tak pula Toby tahu dari brand apa terhunus elok pada muncung hidungnya. tentera yang tadi dilihatnya berasak menuju ke tempat lain tiba tiba tersusun dikeliling. ah celaka apa?

"Grigorii..." perlahan aja pedang itu membisik pada telinga Toby. ya. pedang mampu berbisik.

pandangan bertukar jadi gelap. gelita. tangan Toby cuma dihayun untuk melawan. tapi ia seperti telah siap dipijak kemas tentera berpedang tadi. dia cuma mampu menjerit lemah. kepanasan pedang yang tak diketahui brand apa tersebut betul betul buat Toby lemah. akhirnya Toby cuma berbaring...


KALAU BERANI SAMBUNG

Surat Dari Kremlin II

sambungan dari Surat Dari Kremlin I

Grigorii? siapa Grigorii? hati gua detuk detak mencatuk mematuk memetak berasak semasak masak. fak!. gua carut kan aja puisi pendek tentang keraguan. Grigorii itu siapa? itu soal yang masih ligat berpoco poco bersalsabila bersamba dan berpole-dance pada ruangan fikiran gua yang sudah lama jadi sempit akibat tidak ada bahan untuk buat jadi luas. tak mampu. titik.

*****

siling yang dari tadi putih dan rata seperti kulit muka neelofa makin lama makin pelik. garis garis mula kelihatan dari tepi. ya. dari tepi babi. kau nak suruh aku bayangkan macam mana dia punya tepi? apa kau tak pernah tengok siling? 

*woooshhh

pandang mata Grigorii terlepas dari siling ke Bogdan.

Bogdan selamba lepas berak terus capai roti cekelat. tangan yang dari tadi basah dan lekit diselet elok pada cadar Grigorii. 

"Gor" sapa Bogdan rilek sambil hulur roti cekelat yang baru saja digigit dengan gigi yang tak bergosok.

Grigorii buat bodoh. renung makin tajam. seperti mahu ditembus besi besi keras yang tegap beratur depan matanya...
                                                       
                                      KALAU BERANI SAMBUNG


Tuesday, December 13, 2011

Surat dari Kremlin

Grigorii dah lama tak buat kerja macam ini. Sekarang era facebook. Facebook pun Grigorii tak pandai guna.

Pada Grigorii ini benda bangang kalau nak dibuat pada zaman sekarang.

Grigorii menyumpah-nyumpah sendirian dalam biliknya yang bukan luas mana. Kalau dilihat dari luar tingkap kelihatan terpampang besar poster 'The Police' album Every Breath You Take. Pada zamannya, Grigorii bukan dengar sangat lagu 'The Police', radio yang ada di rumah pun bukan boleh buat dengar siaran Era.

Grigorii merenung siling.....



KALAU BERANI SAMBUNG


Saturday, December 10, 2011

Poser

Ada satu mat motor datang makan duduk sebelah meja gua. Itu jam gua sorang.

Gua makan.

Mat motor makan.

Sambil makan gua nampak mat motor asik jeling ke gua.

Gua biarkan. Dah biasa.

Gua nyala rokok.

Gua tengok mat motor gelisah kemain.

Gua biar.

Tak lama.

"Bro", mat motor pergi dekat gua tegur. Gua agak dia nak pinjam lighter. tak pun nak pow rokok. gua dah redi kepal penumbuk kalau apa-apa jadi.

"Ha..", gua nyahut. Gua punya kepal lagi ketat.

"Bro, lu ni punk ke?", mat motor tanya gua.

"Tak, gua poser.", gua jawab.

"Eh, mana boleh macam tu bro", mat motor nak teging.

BOKKKK!!!

Mat motor terduduk sambil memegang ari-ari.

"Pergi mampus la gua nak poser ke hapa. Bukan gua tak boleh pukul lu kalau gua poser..", gua ketis abu rokok dekat anak mata mat motor tu.

CINGGGGG!!!

Tak semena-mena keluar satu macam pedang dari celah-celah jari gua. Ada tiga kesemuanya.

"Bangang", gua mengomel.


p/s: bende tah

Friday, December 2, 2011

menengok sistem pelajaran

kemain serius tajuk. ya seserius perasaan mundar mandir dalam sanubari gua. meng-hah meng-huh meng-haih lah teman teman. kita yang sentiasa terperosok dalam sistem tak akan keluar selagi tak betul betul berani.

eh apabenda intro macam nauzubillah. lantak. hari ini murid murid kita keluar masuk keluar masuk keluar masuk sekolah. pegi balik pegi balik pegi balik. pakai kemas tanda nama seluar biru seluar hijau kasut putih kasut hitam. ah semua sama. kau apa tau? rambut pendek rambut tak boleh ekor rambut sikat kena rapi sideburn lebih ditarik tarik masuk ke kocek. itu cikgu ini murid itu gurubesar ini pelajar. pergi mampis semua sama. sekolah mana sama. asal tempatnya di malaysia. swasta tak tahu cerita. tapi ini kebanyakan punya cerita. kebanyakan punya hal. aku rasa aku duduk sama.

semua elok. semua kemas sahaja. yang silap memang nak kena. semua mesti ikut cara. yang tak cara pun kena juga. hasilnya tanda soal. kau tahu tanda soal. hasilnya tanda soal la woih. sampai mati kau tak tahu mana jalan kau. kau tahu kenapa? sebab tuhan suruh kau cipta jalan sendiri. tapi kau. tapi kau. jalan pun kau tak reti nak bina. macam mana kau nak menengok jalan kau sendiri.

dalam banyak banyak surah yang disurahkan menjadi surah. hanya ada beberapa yang betul betul surah. tak semua manusia sama. kan? hah. ikut lah.



p/s : catatan masuk air ini ditulis tanpa sebarang edit. ditulis sekali lalu tanpa sebarang gostan. segala caca marba sila pergi mampuskan. harap maklum.

Thursday, December 1, 2011

gusti = gaduh gaduh manja?

apa sinonimnya tv3 memancarkan siaran gusti pada hari khamis jam 11 malam, yang bersamaan dengan malam jumaat?

ada maksud apa apa kot?

kot la?