Monday, December 3, 2012

Surat Dari Kremlin XIV


Langkah-langkah kemas Maria mati apabila terdengar alunan muzik susunan Tchaikovsky yang sebenarnya dimainkan sejak dati tadi. Maria kira itu cuma muzik dalam kepalanya, rupanya alunan itu datang dari luar dari tubuhnya. Maria memerhari sekeliling. Muzik semakin rancak. Semakin menaik. Namun 'dewan' itu gelap, cahaya hanya bertumpu pada Maria membuat Maria tidak awas pada sekelilingnya. Gemaan muzik pula mengganggu kepekaan derianya untuk mengesan kebahayaan.

SWOOSH!
KELETAK! KELETAK! KELETAK! KELETAK!

Maria terdengar gerakan sesuatu yang seaakan bunyi larian manusia memakai kasut kemasan tapak kayu serta memakai kot yang agak berat dan panjang.

Suasana yang tadi gilang gemilang untuk Maria tiba-tiba menjadi cemas. Maria ke 'dewan' ini bersendirian untuk melarikan diri daripada gangguan apa sahaja jenis makhluk yang wujud di persekitaran alam ini. Dia mahu bersendiri yang sangat sendiri. Tapi kali ini dia bukan sendiri. Walaupun padanya mustahil untuk ada yang lain masuk ke 'dewan' ini, tapi perkara mustahil tak mustahil itu baik ditolak ke tepi dahulu buat masa sekarang ini.


*      *      *

Petros, penjual barang. Segala barang. Petros adalah orangnya apabila kau mahukan sesuatu yang tidak pernah dijual di bandar ini. Sesuatu barang yang tidak pernah melepasi kastam, apabila berhadapan dengan Petros, barang tersebut sudah ada di bandar ini. Petros juga dikenali sebagai 'Petros The Hat-Trick'. Pukul 8 hari ini kau jumpa Petros mahukan Mountain Eagle beserta scope keluaran syarikat Barska, dia akan kata, "Saya akan cuba dapatkan sekiranya Tuhan membenarkan" tanpa mengambil deposit.

Pada pukul 11 pagi hari yang sama, Petros akan menelefon kau menggunakan telefon awam memberitahu, "Tuhan membenarkan aku pada hari ini".

Petros belum pernah menghampakan mana-mana pihak setakat ini.




KALAU BERANI SAMBUNG

2 comments:

  1. Harrah's Cherokee Casino Resort - MapYRO
    Compare reviews, photos & location 충청북도 출장마사지 with over 3,000 visitors to Harrah's Cherokee Casino Resort. Rating: 2.3 · ‎10 영천 출장마사지 reviews 춘천 출장안마 · ‎Price range: 부천 출장안마 $ (Based on Average Nightly Rates for a Standard Room 문경 출장안마 from our Partners)

    ReplyDelete

tulis elok elok. elok dari gua tak lempang terus gua lempang. kang naya.