Saturday, February 8, 2014

acah-acah hooligan

petang yang terik.

pertandingan piala guru besar Stunos tetap diteruskan dengan perlawanan antara pasukan tuan rumah, Stunos FC dan Antu Rayau FC mewakili penduduk setempat di mana pemainnya terdiri dari pemuda kampung yang kudus lagi bersemangat untuk bermain bola. namun disebabkan kekalahan berturut-turut yang dialami pasukan tersebut, tujuan asal pemain yang hanya berkehendakkan untuk bermain bola kini berubah kepada sesi mencantas kaki opponent yang lalu dihadapan mereka. seronok bagi Antu Rayau, ngeri bagi Stunos.

separuh masa pertama:

permainan yang cantik ditunjukkan oleh Stunos FC mengakibatkan pasukan lawan hanya melihat-lihat bola yang bergerak berganti hinggap di kaki pemain Stunos FC. tak dapat nak pegang bola langsung. kalau dapat pun cuma clear bola jauh. sampai bola masuk semak, masuk sungai. permainan kat padang yang letaknya dekat dengan area hutan ni memang real sikit. tendang kuat sikit, masuk semak, masuk sungai. tak kira lagi berapa banyak bola hilang sebab hanyut kat sungai bagi tournament yang pernah dianjurkan pada tahun sebelum sebelum ni.

balik kepada game. Stunos main baik macam Pahang, tapi takde finishing. umpanan Marco, Mizi Evaline ataupun Ai Zuan mahupun Jibam tak mampu disudahkan oleh striker veteran mereka, Steven yang dah 14 kali main tournament yang sama sejak tahun 2000. mungkin tahun-tahun awal penyertaan beliau lebih banyak gol dihasilkan. barangkali. pasukan ni mesti menang untuk jadi juara liga mengenepikan pasukan dari kem balak, Stapang FC yang boleh tahan power, yang sebelum ni dah membantai Antu Rayau 6-0.

balik kepada game lagi. main boring, passing passing, possesion je lebih, try kurang, memang harapan la nak dapat gol. player makin terdesak. budak-budak Antu Rayau dah naik antu tengok budak-budak Stunos main possesion. kalau boleh dengar apa kata hati diorang, bunyinya lebih kurang camni la, "SIAP LA KAKI KORANG!!" berulang kali, umpama zikir berjemaah, dalam bahasa ibunda.

2nd half:

Antu Rayau ni pasukan orang setempat, jadi ramai la penyokong yang terdiri dari sedara mara, mak bapak, pakcik makcik, abang kakak jiran tetangga yang secara beramai-ramai turun duduk menyangkung atau berdiri di tepi padang memberi sokong padu kepada semua player yang bermain petang tu. tu tak termasuk mereka mereka yang dah di bawah pengaruh alkohol dan bersedia masuk padang bila-bila masa.

Stunos terdesak nak menang. Antu Rayau makin sakit hati dengan budak-budak Stunos main cantik. skill individu budak-budak Stunos ni masing masing perfect, tackle macam mane pun dapat mengelak. Antu Rayau semakin mental, penyokong diorang pun dah menggila kat luar. dipendekkan cerita, Marco yang paling power dalam team Stunos akhirnya dapat dribble dua tiga orang player Antu Rayau yang menyetan dalam usaha nak men'tackle' beliau, membuat lorongan hebat kepada Jibam yang tanpa ragu ragu terus menyudahkannya dengan jaringan yang cantik. power betul Marco.

Stunos di depan, Antu Rayau up level menyetan nak tebas kaki budak budak Stunos. pendek cerita, Jibam yang skor tadi bernasib malang kerana menjadi mangsa kekasaran player Antu Rayau. Jibam diusung keluar, diganti dengan guru besar yang separuh umur tapi masih handal bermain bola. melihat kejadian ganas tadi, Marco menyimpan dendam. dah memang jenis suka tebas kaki orang jugak, nak buat macam mana.

lantaran kekasaran tadi, Stunos dapat free kick betul betul luar petak penalti. dengan tenang Marco ambil free kick ala-ala Andrea Pirlo dan menjaringkan gol. Marco tenang, dia memang power. tapi niat nak tebas kaki orang belum pudar.

budak Antu Rayau dapat bola, try nak main passing, dribble sikit sikit. lepas sorang dua. tapi silap. memang nasib malang player ni pegang bola lama lama depan Marco. Marco kejar, aim kaki, tunggu timing cantik, dapat peluang dan.....PRAPPP...!!!! tackle dari belakang double feet yang level-level Eric Cantona hinggap kat betis player tadi. nasib tak patah. Marco puas hati.

tiba-tiba jeritan penyokong dari luar, semakin kuat, tak macam tadi. tau-tau sorang makcik tua berlari anak masuk ke padang, meluru ke arah player injured yang Marco kerjakan tadi. dah macam PBSM masuk padang bagi treatment kat player pulak gayanya. tapi bukan tu je. rupanya ade lagi sorang lelaki berlari anak masuk ke padang meluru ke arah Marco, dengan membawa sebatang kayu beruti. power power Marco pun, kecut perut jugak tengok orang kejar dia sambil bawak kayu. nasib baik Marco cergas, terus melarikan diri keliling padang menjauhi lelaki tadi. nasib baik lelaki tadi dah tak kuat lari sebab dipengaruhi alkohol. beberapa orang penonton turut masuk padang, bukan dengan tujuan yang sama. tapi untuk menyelamatkan keadaan.

suasana ribut di tengah padang berlangsung beberapa ketika, sehinggalah lelaki tadi ditenangkan oleh orang-orang setempat dan dibawa keluar padang. Marco yang hampir hampir di bantai dengan kayu tadi, dinasihatkan keluar padang dan terus balik ke rumah bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini.

pendek cerita, Stunos menang. jadi juara liga sebab lebih satu mata dari Stapang FC.

balik kepada hooligan solo tadi, rupanya dia bapak kepada player yang Marco tebas kakinya tadi. patut la dia menyetan semacam. tapi kira okey jugak la sebab dia separuh sedar. banyak minum. yang dia bela tadi pun bukan orang lain, anak sendiri. main pun kat tournament kampung je. kira murni dan suci jugak la perjuangan dia ni.

bukan macam budak budak yang kononnya hooligan, merebel macam hantu, bantai orang sana sini, kononnya 'ultras' sangat sokong team negeri yang sebelum ni takde penyokong pun. diorang ni aku tengok bukannya tau sangat pasal bola. tengok gameplay team mase tengah lawan pun tidak. ape benda entah yang diorang ni perjuangkan pun aku tak tau. tau nak bergasak je. team diorang ni main pun entah hape hape je. takde la power mane. kalau macam ni la environment bola sepak negara sekarang, dengan pucuk pimpinan FAMonyet, sampai mati pun aku tak dapat tengok Melaysia masuk Piala Dunia. orang Inggeris dengan Jerman memang la ada hooligan, tapi team diorang power, masuk world cup. kita apa ada?

pada aku la, kalau penyokong yang betul betul 'true', kalau team kita main power kita puji, main bangang kita kutuk. ultras ultras ni tak perlu pun. hooligan lagi la. cerita dalam padang tak payah bawak keluar stadium. budak-budak yang acah-acah Hooligan ni dah macam yahudi pulak aku tengok. perangai hooliganism ni, tak main la repot repot polis.

pakcik aku bagitau, konsep bersukan ni diambil dari perkataan ber'SUKAAN', bersuka-sukaan. bukan diambil dari konsep perang atau gaduh pun.

p.s: Marco dengar cerita sekarang kena pindah team lain. Natrus FC kalau tak silap. tapi dia tetap power.

p.s: padan muka kena baca panjang panjang. kah kah.

1 comment:

tulis elok elok. elok dari gua tak lempang terus gua lempang. kang naya.