Tuesday, September 27, 2011

perisa masa kini...satu anekdot tak berstruktur...puih!

waktu hampir terselamat dari kezaliman,
masa dan angin panas,
datang bergoncang,
dari sebelah timur dan barat..

mengkafir dan melaknat...
masing-masing punya sifat,

bergoncang heroin dan kokain,
untuk orang miskin..
penuh menguasai data,
katanya ini sampah masyarakat-ahh...lanyak berita..

maka, diberi minuman keras,
untuk pelayan-pelayan pub dan bar..
maka tak disalahkan,
kerana itu tamadun..

lurah tersembul,
tersimpang siur..
terkangkang betina dek nikmat nota-nota kepuk lelaki gendut..
utuh..tersergam,kemudian layu.. belakang hotel-hotel mewah..

maka punya hakikat sang asyik,
maksiat si kaya tak akan jadi apa-apa,
kisah si miskin mencuri untuk makan dijaja-jaja..
nenek menjual dadah diburuk sangka..

bila ditanya-tanya, pada budak sekolah..
diajar pula bercita-cita kepada tanah dan harta..
jembalang si gendut terkentut, terberak menonton cerita..
petani tersadung duri di tanah sendiri..

mungkin tuhan disangkanya pendiam..
kala itu malaikat tenang mencatit..
.....(sunyi) kitab ku,
dan kitab mu tuan (sunyi)..

berlekuk-lekuk bumi tuhan,
menari-nari pemodal dengan curut mahal,
dijemput ke tv...sebarkan propaganda-(yang kononnya motivasi)...
"INILAH KEJAYAAN'-kertas ditabur, dilayang pada kamera..

kebebasan dilabur-labur,
dalam perdagangan bebas,
yang "ikhlas" membantu,
dalam iklan yang disebar depan rumah aku..

entah kenapa,
kita percaya pada situasi ini,
bukan pada mereka?
oh, mereka hanya watak picisan..

negara-negara dan bendera-bendera mula dicipta,
dalam perlumbaan tamadun bangsa,
seperti mana bangganya,
umat-umat itu..-ah, mana kitabku?

bila bersedihnya penyair gundah,
di tepi jalanan..
maka ketawalah si pemakai baju kemeja kemas,
dengan ketul-ketul perak dan emas..

Thursday, September 22, 2011

merempel dibalik semangat yang kasar

syaitan syaitan bisu dan iblis tulen meraung

biarkan aku jadi penghukum

karena kau

bukan malaikat taat

kah kah kah



kah kah kah

puas

kah kah kah

*izrael dipecat

kah kah kah

p/s : siapa malaikat? siapa iblis? siapa syaitan? siapa kau? siapa aku? siapa?

Monday, September 19, 2011

apahals?

Assalamualaikum tuan dan puan....selamat datang ke majlis konvokesen yang ke ompek puloh ompek...gua selaku juruacara, ala-ala dj la senang cakap rasa syok sebab diberi kepercayaan mengemudikan majlis ini. Walaupun gua tak la handsome sangat, kahaks (tergelak kecil), namun gua yakin, dan mengharapkan majlis kita akan berlangsung dengan lancar seperti lancarnya gerakan peristalsis yang membantu sistem penelanan makan kita.

Gua tak nak cakap banyak, so, boleh la bro-bro ngan sis-sis semua bolehla beratur panjang setat dari pokok ulam raja kat belakang tiang belakang dewan sana pastu ikut la giliran masing. Kala dapat dean list tu beratur la kat depan, hak belakang tu reti-reti la kan. WOI!, hak belakang tu diam sikit buleh? Ok, terima kasih. Hahahaha....betul la mak gua pesan, budak-budak zaman sekarang nak kena tengking baru senyap. Eh, ada lagi, err, yang kat belakang tu, tolong la senyap sikit, majlis tengah jalan ni haa...Haa, ok, diam pun..

Alright, apa? boleh start dah? OK, memeber gua dah bagi que ala-ala efek isyarat la lebih kurang. Beliau kata, dah boleh start. So, apa kata? moh la setat...OK, mula pada awak, naik, ambil sijil, pastu yang belakang ikut okes?..........................

--------------------------------------------------------------------------------------

p/s : apahal intonasi juruacara semua sama? keh keh keh...tak payah la nak rok sangat..gua-gua tapi foyos-foyos formal la sangat pakai tai kancing atas menyampoh gek..

Sunday, September 18, 2011


lelaki 1 : lu la jadi imam.
lelaki 2 : asal lak gua. lu la.
lelaki 3 : betul tu. aku rasa lelaki 1 yang patut jadi imam.
lelaki 1 : asal lak?
lelaki 3 : sebab lu muka ada sikit Arab.
lelaki 1 : ah! abu jahal tu lagi Arab!
lelaki 2 : hahaha.

di petik dan di olah dari Para Pencari Tuhan.
aku suka cerita ini di tv alhijrah. cuma yang aku benci ialah 
waktu tayangannya.
.....
rasanya betul sekarang ni dah ada jadi macam ni. ini yang aku lihat. lu orang aku tak tahu la kalau saja pejam pejam mata. aku bukan budak baik sangat, tapi ada sedikit kebaikan. biar sekecil zarah, itu point aku nakkan syurga. cuma lamabt atau cepat. 

betul atau tidak. ni bukan aku nak kutuk sapa-sapa, lu orang yang geng slalu datang bagi teguran kat orang lain, dari rumah ke rumah, dari tempat ke tempat memang baik. tapi ada yang segelintir kurang enak menyebabkan dipandang serong. 

lepas datang satu tempat, kadang ada yang tidak dikemaskan dengan baik. dengan elok seperti asal. ada satu hal lagi, bila geng tu buat perbincangan satu sudut kecil, tapi pasang semua lampu semua kipas. aku nak tegur pun tak berani. nanti geng kuar Hadis Al-Quran, takkan aku nak balas dengan teori manusia dari beruk!
yang aku terasa dulu, bila nak bercerita kasi semua orang dengar, tapi bila makan, lu makan dengan geng lu orang saja. aku sedih siot.

tapi takkan benda sekecil ni nak merosakkan sejuta kebaikkan yang geng lakukan?

ini yang aku lihat. yang aku nampak. geng boleh pertahankan. tak salah aku bagi pendapat. sebab alim ulama' seronok bila orang bercanggah pendapat, sebab akan banyak buah fikiran yang timbul, tapi ingat. peyelesaiannya mesti yang terbaik!

aku salah ke lu orang salah? ke sama sama salah? sapa salah?
~AHAKS~

kencing

gua tak tau pulak kalau ada mazhab berak berdiri. tapi masalah gua berkaitan dengan penganut mazhab kencing berdiri.



kalau dah tahu tak boleh hunus senjata dengan tepat, sila simbah air pada kawasan yang tersasar bagi memastikan kekurangan anda dapat ditutup. kuning tahu? sekian.

Wednesday, September 14, 2011

kenapa bila malaysia ni sambut hari merdeka atau hari malaysia nak perlu ada count down? ni budaya siapa ni?

kenapa bila malaysia ni sambut hari merdeka atau hari malaysia perlu bazirkan duit dengan perbarisan? ni siapa punya buah fikiran?

lu orang semua dah daftar undi?

AHAKS~

Tuesday, September 13, 2011

Sajak Syukur dan Bajet 2011

syukur tuan syukur
tuan makan sayur
hari ini mungkin mampu
esok lusa telan air liur
cukai ikut negara maju
pendapatan ikut negara membangun
kita emang begitu
terus syukur tuan syukur
biarpun dicukur cukur
lama lama
orang utan pun tak berbulu
tak nyempat tumbuh
kau dah cukur


YB. Menteri Kewangan melalui pembentangan Bajet 2011 di Dewan Rakyat pada 15 Oktober 2010 telah mengumumkan mengenai cadangan:

(i) menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6% ke atas
semua perkhidmatan bercukai kecuali kad kredit dan kad caj.

(ii) mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan Penyiaran
Televisyen Berbayar.

Kedua-duanya akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.

2. Peruntukan Undang-Undang

2.2 Pengenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar

Jadual Kedua kepada Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975
[P.U.(A)52/1975] telah dipinda dalam Kumpulan G, butiran (b) dalam
ruang “perkhidmatan yang kena dibayar cukai” seperti berikut:

“(b) Penyediaan –

(i) perkhidmatan telekomunikasi dalam bentuk telefon, faksimili, telemail, alat keloi, telefon selular, teleks, perkhidmatan lebar jalur atau perkhidmatan nilai ditambah; dan

(ii) perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar”

Pindaan di atas dibuat melalui Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2010 [P.U.(A) 412/2010].

3. Pelaksanaan

3.1 Kenaikan kadar cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6%

Dengan pindaan kepada Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) 2009 seperti di perenggan 2.1 di atas, bermakna semua perkhidmatan bercukai sebagaimana disenaraikan dalam Jadual Kedua, PeraturanPeraturan Cukai Perkhidmatan 1975 adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan pada kadar 6% berkuatkuasa mulai 1.1.2011 kecuali perkhidmatan kad kredit dan kad caj.