PERINGATAN 1 : ENTRI INI PANJANG GILABABI. BARANGSIAPA YANG RASA MUAL MUAL ATAUPUN IBU MENGANDUNG DI SYORKAN UNTUK TIDAK MELAYARI DAN MEMBACA. DIKHUATIRI AKAN MENGALAMI MORNING SICKNESS YANG BERLARUTAN SEPANJANG TAHUN.
Peringatan 2: catatan gua kali ini mungkin agak tak berstruktur. walaupun selama ini memang tak berstruktur pun. kali ini mungkin lebih celaka lagi.
Peringatan 2: catatan gua kali ini mungkin agak tak berstruktur. walaupun selama ini memang tak berstruktur pun. kali ini mungkin lebih celaka lagi.
sebelum ini gua dah pun berkongsi sedikit di dalam entri Pasca-Indera I & Pasca Indera II
semenjak dua menjak ini negara dihebohkan dengan pelbagai isu isu kritikal yang akan menjadikan masyarakat seisi negara bertikam otak lidah dan gua harap tak de yang bawak sampai bertikam perut dan jantung. susah nak makan wo. isu isu ini sebenarnya telah lama dimundar mandirkan dalam masyarakat. akan tetapi ianya tak mendapat perhatian secara serius seperti akhir akhir ini. pelbagai persoalan mula timbul untuk menafi mahupun mengesahkan isu tersebut. mana mana pihak. masing masing dengan kepentingan masing masing. isu yang ingin gua sentuh ialah tak lain tak bukan isu Mat Indera.
gua juga bukan dari mana mana parti politik. bukan dari mana mana JKKKKK kampung jenis apa pun. gua juga bukan ahli mana mana badan NGO. gua disini hanya sebagai rakyat biasa yang tak ada apa apa kepentingan selain dari ingin belajar dengan pemikiran terbuka disusuli fakta dan asas. yang mana betul yang mana salah perlu ditimbang dan bukan menerima bulat bulat. perkongsian ini juga gua kirakan sebagai cara belajar. kalau gua salah tolong betulkan.
isu Mat Indera sebagai pejuang ini sebenarnya telah lama diungkitkan. telah lama cuba mereka meyakinkan masyarakat. namun setiap pembawakan isu isu seperti mereka dari golongan kiri adalah pejuang, masyarakat hanya memandang sepi. endah tak endah. kerana kebanyakan yang bercakap adalah dari merek yang tak punya kuasa, tak punya pengaruh. hari ini, apa yang telah jadi semenjak 27 Ogos 2011. apabila seorang wakil dari parti pembangkang mengeluarkan pendapat nya tentang perjuangan Mat Indera, terus ia mendapat tempat dari pelbagai pihak.
persoalannya, mengapa baru sekarang timbul isu ini? adakah disebabkan wakil rakyat tersebut inginkan publisiti murahan? pada hemat gua, sebenarnya isu ini telah lama dimainkan para sejarawan. seperti mana yang kita tahu buku buku berkaitan perjuangan golongan kiri juga boleh didapati. cumanya kita tidak diberi pendedahan dengan lebih mendalam tentang apa yang dijuangkan mereka. kebanyakan dari kita mendengar dan membaca buku teks sejarah sahaja dianggap sudah memadai untuk berbicara hal ehwal sejarah. publisiti ini juga pada pandangan gua bukanlah publisiti murahan yang perlu ditanggung oleh wakil rakyat tersebut. kerana beliau mengahdapi sudah lebih dari 50 report untuk isu ini. dan beliau juga menerima pelbagai jenis serangan dan tuduhan berkenaan isu yang dibangkitkan ini.
hal ini berlanjutan kepada persoalan seterusnya. siapa mereka yang melabel Mat Indera sebagai pejuang? siapa pula yang melabelkan beliau sebagai pengkhianat? apa kewajaran mereka di dalam isu ini? adakah semata untuk kepentingan politik? telah gua katakan bahawasanya isu ini telah dikaji oleh para sejarawan. jika tuan puan tonton video sampai habis pada entri ini. tuan puan akan jumpa buku yang ditunjukkan. namun bukan hanya pada buku tersebut yang perlu dikaji. banyak lagi bahan sejarah lain. arkib negara barangkali tidak akan sewenang wenang untuk memberi pelepasan tentang isu sulit sebegini. gua tak nafikan, walaupun arkib negara ada menyimpan banyak bahan sejarah yang berharga namun ia tak mencukupi. kerana sesetengah daripadanya tidak boleh diakses. gua dah pergi dan gua berani cakap. melainkan arkib di london. disana, bahan sejarah lebih telus. seperti yang dikatakan pensyarah sejarah dan politik gua.
benar kata seorang sahabat, bila mula timbul isu sejarah, maka ramai pura pura jadi pandai sejarah, bila timbul isu agama ramai pura pura jadi ahli dalam agama. bagi gua, ini serupa juga orang yang tak pernah ke dapur tapi mahu cerita tentang masakan. orang yang tak pernah ambil kisah pasal sistem ekonomi tiba tiba mahu bercerita tertonggeng terbalik tentang komunis. ini realiti, memang wujud orang orang seperti ini. gua tak menghalalkan perkara yang haram. namun perkara yang absah takkan gua perlu diamkan.
disini gua juga suka untuk berkongsi maklumat yang dapat gua garapkan sikit dalam forum tersebut. pihak penganjur forum ini juga sebenarnya telah menjemput dua tiga wakil dari berlainan pihak untuk berbicara secara terbuka tentang isu ini, namun jawapan balik yang diterima tidak seperti yang diharapkan. forum ini juga menampilkan tiga personaliti berbeza iaitu seorang dari wakil rakyat, seorang lagi professor dan seorang lagi jurnalis bebas yang tak berdiri dalam mana mana parti mahupun badan NGO.
penerangan setiap panelis banyak berkisarkan tentang perjuangan golongan kiri. mereka juga menampilkan nama nama seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Ahmad Boestamam dan Dr Burhanuddin Al Hilmy. perjuangan mereka ini dikaitkan dengan perjuangan Mat Indera yang dikatakan perjuangan orang komunis yang tidak beragama. hal ini disangkal dengan fakta bahawasanya Mat Indera itu sendiri adalah seorang ahli di dalam agama yang mana ianya disahkan oleh incik Baharom Syah selaku adik kandung beliau yang juga hadir pada malam itu. suka juga gua untuk meng-quote kata isham rais disini. katanya, manusia lahir sebagai komunis dan mati sebagai komunis. kerana komunis tak memiliki apa apa private property. demikian beliau menyangkal ttuduhan komunis itu sebagai orang tak beragama. mat sabu pula bertindak mengenengahkan peristiwa yang beliau pernah sampai ke kem Rashid Maidin yang juga digembar gemburkan sebagai komunis dan tak beragama. apabila sesampainya di kem tersebut, beliau terkejut dengan mendapati surau sebagai bangunan yang mula mula beliau temui dan bukannya kubu mahupun lapang sasar.
hal ehwal berkenaan ini kemudian diperdebat lagi dalam forum tersebut. sama da salah kah komunis? apakah komunis itu tak beragama? dan matlamat perjuangan mat indera ketika itu. ia berlanjutan sehingga dijemput seorang pemuda parti pas untuk membentangkan penyelidikan sarjana berkaitan isu Mat Indera : Pejuang atau Pengkhianat.
ini yang mana sempat gua salin. selepas tahu 1945 setahun setelah Jepun meninggalkan tanah melayu, tertubuhnya pelbagai parti termasuklah United Malay yang ditubuhkan pada tahun 1946. pada ketika tersebut Indonesia telah pun merdeka lebih awal. Tanah Melayu masih dibawah jajahan British. parti gerakan kiri pada ketika itu masih sah. tertubuh bersama sama dengan tertubuhnya United Malay. seperti API dan KMM. namun pada 1948, kesemua pertubuhan diisytiharkan haram kecuali United Malay.
sementelah tersebut, golongan anak muda menjadi rebel. parti gerakan kiri yang melawan British diminta untuk diharamkan. sementara yang menurut perintah itu saja diisytiharkan sah seperti United Malay. ini termasuklah API dan KMM. Mat Indera selaku salah seorang anak muda yang rebel telah mencari inisiatif lain untuk melawan penjajah pada ketika itu. Mat Indera telah masuk kehutan dan apabila beliau di hutan , beliau berjumpa dengan askar komunis bintang tiga yang masih aktif secara gerila untuk menentang puak British. persoalan ini samada Mat Indera mempergunakan komunis untuk mencapai kemerdekaan ataupun komunis mempergunakan Mat Indera untuk mencapai kebebasan masih dikaji oleh para sarjana.
perkara ini berlarutan sehingga terjadinya pada tarikh 23 februari 1950. serangan Bukit Kepong yang diketuai oleh Mat Indera dan beberapa anggota komunis lain menyerang Bukit Kepong. hal ini yang menjadi isu pada ketika ini tentang apa ke sial sebenarnya Mat Indera menyerang Balai Polis Bukit Kepong waktu tu? persoalan ini dijawab oleh panelis dengan menyatakan bahawasanya di rumah pasung tersebut tempat dimana mereka ingin menyelamatkan mangsa mangsa (rakyat) yang dizalimi oleh pihak British. kezaliman perlu ditentang dan bukan dijulang. tuduhan bahawa Mat Indera membunuh mata-mata melayu (British) ketika itu pula disangkal dengan beliau telah menyelamatkan beberapa anggota polis melayu dan keluarga. antaranya yusof rono dan jamilah abu bakar.
demikian gua menaip ikut suka hati gua. gua takda masa nak baca balik. kalau ada salah, sila betulkan. kalau ada perkongsian jangan segan segan. kalau ada duit, sila kan payung gua makan. ini adalah apa yang dapat gua garap di dalam forum tersebut. ada yang menyebut tentang keganasan komunis. apa yang gua belajar tentang komunis asalnya adalah sistem ekonomi yang dipanggil sosialis. perjuangan untuk masyarakat. kesamarataan hak. bukan gua setuju total dengan komunis. tapi jika tak salah buat apa gua nak gelar salah. pasal tok janggut kena gantung terbalik siapa nak jawab? siapa kata kita merdeka tanpa berkorban? kata mat sabu tunku abdul rahman, dr burhanuddin al hilmy, ahmad boestamam, tok janggut, mat kilau semuanya sama sama berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan. bukan pihak satu pihak saja, tapi semua rakyat tanah melayu tanpa kira kaum menentang kezaliman.
mantap, gua suka...
ReplyDeletenak dekat pilihanraya mende2 cenggini akan jadi modal provokasi, sape silap langkah akan makan diri balik...
Gua pon x berpihak mana2 parti politik, tapi Gua suka kalo mende cenggini dibincang dari aspek keilmuan dan agama...
kalo tengok dari sisi politik, haruuuuuuuuuuu...
sama dgn lando. gua pon. sepatutnye bende cenggini patot bagi kat depa yang BUTA MATA dan BUTA HATI. baru nampak, jelas dan terang.
ReplyDeletemacam ni, biar anarki, lepak kat alaska dalam khemah...daging rusa fresh woo...kah kah kah, sapa mau ikut gua bawak senapang sorang satu.
ReplyDeletesemangat naa tulis pepanjang
ReplyDeleteaku nak jadi mc gyver
ReplyDelete