peh. makin gua nak rilek makin semak gua tengok regu regu berbincang. makin lama makin tenuk teruk bak hang. namun bukan lah diskusi yang tenuk teruk. cuma gua yang membaca jadi letih. kalau lah dengan membaca boleh jadi kenyang. pasti dah berbatal batal posa gua waktu ni. bahkan termuntah pun boleh jadi. eceh.
lagipun gua kalau batal posa dulu, biasa ramai ramai. kalau di tong-tong dosa boleh jadi sorang amek sikit. jadinya dengan rasa simpati seorang teman, gua rasa gua nak share kan dengan lu orang. ihiks hiks~
memandangkan gua berstatus kacak luar kacak dalam kacak dengar sini, jadinya, gua bagi disko'si gua disini.yang gua sukanya dekat disko'si di atas bukanlah sebab topik yang kunun hot lettew (gua tetap kreditkan pada Gigi Taring. nice one bro!). tapi atas hujah yang ada. masing-masing ketengah pendapat dengan hujah memasing. gua suka. dari situlah ide akan bercambah. tapi, bila lu dah drag sekali emosi lu makanya akan tak seronok lah disko yang lu dah ciptakan dari awal tadi.
gua paling suka pendapat Pendeta Juan walaupun secara kasar rupa paras jawa beliau memang tak boleh disorok dengan imej korea buatan. gua takdehal. ide adalah ide dan bukan paras rupa. gua maafkan Pendeta Juan yang jawa tapi masih cuba cuba menjadi Korea atau lebih digemari dengan nama K-pop atau kerpok. yang lain tu gua malas nak komen sangat. tak payah salah kan lelain la dey aney aci. jenis kalau dah diri kau memang kaki maksiat memang tak payah kapel pun kau memang kaki maksiat. kalau tak mana pulak tiba-tiba muncul terminologi "MASTURBASI".
jadi, lu ada pendapat?
p/s : nama disini gua tak ubah/padam/tutup/hide sebab gua malas. sapa suruh diskusi panjang panjang? kan dah tak sempat gua nak ubah/padam/tutup/hide nama yang ada. padan muka. keh keh keh
jgn lempang wa sesuka hati okeh..haha..xnak ckp byk2...tpi dgn gigih.bacalah kisah nie..
ReplyDeleteKisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.
Beberapa tahun berlalu…Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. “COUPLE ISLAMIC”.
Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.
Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, “Have you married?”. “No.”, jawab Safura. “So, why you sit together with this ajnabi alone here”, tanya Muhammad. “Kami couple, tapi Islamic way” jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.
“Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”
Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas…
p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya….wallahualam
Sekian :)
ahaks~
ReplyDeletelu buat gua fikir. siapa yang buat benda jadi susah. manusia atau agama? takkan lu nak suruh manusia tahan sesuatu yang dah mencanak. tuhan ciuptakan manusia dengan nafsu. manusia bukan malaikat. jadinya kenapa kadang kadang menikah tu lebih susah dari mengkapel?
tuhan tak pernah paksa suruh jadi susah. adalah gua rasa lebih utama benda baik untuk dimudahkan dari disusah payahkan.
:) cukup la sekali gua bercouple
ReplyDelete