Tuesday, August 23, 2011

siapa punya cerita? siapa yang ajar.


kita, manusia normal ada jari sejumlah 20. yang tidak normal, mungkin kurang, mungkin lebih. maka, itu satu rahmat untuk kita semua. satu kelebihan. sepanjang aku menyiapkan GUNDAM aku yang terbaru, kedua dua jari telnjuk aku luka. ini yang paling parah selama aku berkarya dengan GUNDAM. lu orang tak payah kesian, aku tabah. ha. ha. ha. lu orang gelak skema.

ini persoalan yang aku mahu sampaikan. ataupun konsep? ataupun apa saja yang lu orang fikir sesuai dengan lu orang.

jari.

kita ada ibu jari, jari telunjuk, jari hantu, jari kelingking, dan jari manis.
jejari ayam, jejari sotong, jejari udang, itu tidak termasuk dalam menu tulisan kali ini.

maka, setiap fungsi jari itu adalah khas.
maka, ibu jari nak mengejek orang lain, tanda 'good', pada muka, kesian, tak bagus atau sebagainya.
maka, jari telunjuk adalah berguna untuk korek hidung, telinga, pada mereka yang tak berpuasa, nak buat korek gigi, geletek pasangan (yang SUDAH KAHWIN), atau sebagainya.
maka, jari hantu pula selalunya popular dengan isyarat lucah international. semua orang tahu (kebiasaannya).
maka, jari kelingking pula untuk orang yang sedang dilamar, lepas akad nikah, atau sebagainya.
maka, jari manis pula, yang comel, yang kiut ni, mahu menunjukkan isayarat "cikgu, saya nak ke tandas" dan isyarat lucah yang lebih lembut, atau sebagainya.

juteru itu, bila jari jari ini bergabung, ia tidak menjadi jejari. tetapi boleh digunakan untuk menyisir rambut (konon macholah), melempang budak, jentik adik, cubit pipi, atau sebagainya.

tapi, bila belajar adap, mesti orang cakap, nak tunjuk sesuatu tempat, benda, orang atau sebagainya, gunalah ibu jari. itu lebih sopan. jangan guna jari telunjuk. nampak sedikit biadap. lu orang pernah dengar atau dapat nasihat ini?

tapi, tidakkah melangakui tugas tugas jari yang telah diberikan sempena nama mereka? dah memang namanya jari telunjuk, maka tugasnya menunjukkanlah.  bukan guna ibu jari.
betul tak? tak betul? betul? tak?

siapa sokong angkat kaki, kita lari. ha. ha. ha. lu orang gelak skema.

~AHAKS~

5 comments:

  1. ha. ha. ha. lu orang gelak skema.

    Rasa mcm nk cepuk kau dgr ayt ni.

    ReplyDelete
  2. juteru itu. meh aku kerat jari telunjuk kau

    ReplyDelete
  3. setuju tunjuk gune ibu jari & tunduk sedikit lebih beradab~ ^^

    ReplyDelete
  4. hm, jari kelingking jari keempat ke kelima?? org selalu pakai cincin kat jari ape ye?

    ReplyDelete

tulis elok elok. elok dari gua tak lempang terus gua lempang. kang naya.